web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Pengagihan Kerusi PH, BN Selesai - PM Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 4:01PM

Enam negeri yang akan berhadapan dengan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata proses pengagihan kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah selesai.

Semasa ditemui pemberita selepas melancarkan Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di sini hari ini, Perdana Menteri berkata beliau telah bertemu Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini untuk menyelesaikan isu pengagihan kerusi melibatkan dua gabungan itu.

“Setakat ini tidak ada (isu pertindihan), saya telah bincang dengan Pengerusi BN, cuma sekarang beri ruang kalau ada pandangan dikemuka kepimpinan negeri sama ada PH atau BN,” kata beliau. 

Enam negeri yang akan berhadapan dengan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

Ditanya mengenai fokus Kerajaan Perpaduan bagi PRN kali ini, beliau memberi bayangan bakal merampas dua lagi negeri serta mempertahankan tiga negeri sedia ada.

“Saya lihat tiga negeri itu sangat kuat boleh pertahan dan insya-Allah, kita boleh nampak menjurus kepada dua negeri lagi,” katanya tanpa mendedahkan dua lagi negeri yang bakal ditawan itu.

Tiga negeri yang kini dikuasai PH ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, manakala  Kedah, Kelantan dan Terengganu ditadbir Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak semalam dilaporkan berkata SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini untuk membincangkan tarikh-tarikh penting PRN bagi enam negeri yang terlibat.

Mesyuarat itu diadakan susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad