web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Negeri Sembilan Bubar 1 Julai - MB Aminuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 11:38AM

Aminuddin Harun berkata tarikh itu dicadangkan dan mendapat perkenan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan Sabtu ini (1 Julai), bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tarikh itu dicadangkan dan mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

"Pada pagi ini saya mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk menandatangani watikah membubarkan DUN Negeri Sembilan bagi memberi ruang PRN diadakan.

"Alhamdulillah, tarikh pembubaran 1 Julai ini,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, Aminuddin tiba di Istana Hinggap di sini, pada 10 pagi untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran DUN. 
 

Beliau berkata pembubaran tersebut selaras dengan kuasa diperuntukkan di bawah Ceraian (2) Fasal 56, bahagian Yang Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Aminuddin berkata beliau telah memohon pejabat Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan supaya dapat menyegerakan pemakluman rasmi tarikh pembubaran DUN ke-14 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi ruang PRN diadakan serentak dengan lima DUN negeri yang lain.

Sementara itu, beliau berkata pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan interim yang beroperasi seperti biasa bagi memastikan sistem perkhidmatan kerajaan kekal efisien.

Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Persidangan DUN Negeri Sembilan yang pertama adalah pada 2 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun berakhir pada 1 Julai ini.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN yang menyaksikan PH dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi (DAP-11, PKR-enam, Amanah-tiga), manakala Barisan Nasional (BN) 16 kerusi (UMNO-15 dan MIC-satu). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad