web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kit Siang Nasihat MUDA Jangan Terburu-Buru, ‘Harus Kerjasama Dengan Kerajaan Perpaduan’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 9:30AM

Lim Kit Siang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menasihatkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) supaya tidak ‘terburu-buru’ dan bekerjasama dengan parti Kerajaan Perpaduan dalam enam Pilihan Raya Negeri dan bukannya bertanding secara solo.

Beliau berkata, MUDA mesti menyokong usaha Kerajaan Perpaduan untuk membina Malaysia dan menghalangnya daripada kembali kepada amalan pemimpin terdahulu yang menyebabkan negara berpecah serta rasuah.

“Belia tidak seharusnya terburu-buru dan perlu bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan dalam enam PRN pada Ogos ini.

“Kepimpinan MUDA harus mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk bergerak secara solo dalam enam PRN,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata demikian sebagai mengulas pengumuman MUDA semalam bahawa parti berkenaan akan bertanding secara solo dalam PRN.

Jelasnya, keputusan enam PRN akan menunjukkan sama ada Malaysia semakin merosot di bawah retorik agama dan perkauman parti pembangkang.

Semalam, MUDA mengumumkan untuk menyertai PRN di enam negeri secara solo, demi mengangkat suara rakyat dan membawa politik baharu untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

Pendirian itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan PH yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan GERAKAN.

Malah, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, keputusan parti bertanding solo pada PRN di enam negeri itu adalah kerana permintaan mereka untuk bekerjasama dengan PH tidak didengari.

Katanya, MUDA sudah beberapa kali memohon menyertai PH sebagai ahli gabungan, tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas. – The Vibes, 27 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad