web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: PH Pulau Pinang Sasar Menang 32 Kerusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 10:16PM

Chow Kon Yeow berkata sekiranya gabungan itu memenangi antara 30 ke 32 kerusi dalam PRN itu, ia boleh dianggap sebagai satu keputusan yang memuaskan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menyasarkan untuk menang antara 30 ke 32 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata sekiranya gabungan itu memenangi antara 30 ke 32 kerusi dalam PRN itu, ia boleh dianggap sebagai satu keputusan yang memuaskan.

“Sebelum ini saya ada katakan bahawa jika kita boleh kekalkan apa yang kita capai pada pilihan raya 2008 dan 2013 iaitu (masing-masing) 29 dan 30 kerusi pada masa itu. Kali ini kalau dapat 30 hingga 32 kerusi boleh dikira hasil yang memuaskan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Chow berkata beliau akan menemui Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak esok, untuk mendapatkan persetujuan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 28 Jun.

“Saya telah menerima tarikh dari pejabat Yang di-Pertua Negeri dan dijadualkannya pada esok pada 8 pagi. Selepas itu kami akan adakan sidang media kira-kira 2.30 petang di Komtar, yang akan dihadiri oleh kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH menang 37, termasuk dua oleh calon Bersatu, manakala BN menang dua, dan PAS, satu.

Pulau Pinang akan menghadapi PRN tidak lama lagi, bersama-sama dengan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam