web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Selangor: Agihan Kerusi PH-BN Dijangka Selesai Selepas Aidiladha - Amirudin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 10:17AM

Amirudin memaklumkan setakat ini masih berbaki satu atau dua kerusi lagi yang belum diputuskan untuk PRN Selangor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka selesai selepas sambutan perayaan Aidiladha.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata masih berbaki satu atau dua kerusi lagi yang belum diputuskan.

"Saya percaya (Pengerusi PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ada sesi dengan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan sudah ada peningkatan yang baik daripada jumlah kerusi keseluruhan.

“Saya harap sebaik lepas Raya Haji (Aidiladha) ini, kita dah selesaikan (pembahagian) kerusi,” katanya selepas melancarkan Jentera Perpaduan Harapan dan BN PRN Selangor Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Tapak Rakan Muda Sri Andalas, di sini, malam tadi.

Amirudin Shari - Gambar fail
Amirudin Shari - Gambar fail

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kriteria bakal calon PH-BN yang akan dipertaruhkan pada PRN Selangor tidak lama lagi, Amirudin berkata gabungan itu akan mengetengahkan calon yang berkredibiliti dan 'boleh menang’.

"Formula kami kemenangan, maknanya semua parti harus menampilkan calon (yang mempunyai) kredibiliti dan asas sokongan terhadap parti-parti yang bergabung bawah Kerajaan Perpaduan.

“Sudah pasti kami akan cuba letakkan (calon boleh menang), sebab pilihan raya kami nak menang. Kami datang sebagai penyandang dan ada rekod pencapaian tadbir negeri,” katanya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata beliau percaya kerjasama PH-BN adalah gabungan yang baik bagi memastikan kestabilan dalam penggal ini yang sangat getir untuk pulihkan ekonomi negara.

"Kami datang dengan rekod prestasi negeri dan juga corak pentadbiran Pakatan Harapan selama 15 tahun. Insya-Allah, rasional rakyat dengan kami, lagi pula sekarang ada sebahagian rakan dari BN yang juga berpengalaman dalam pentadbiran,” katanya.

Pada 23 Jun lepas, DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan sekali gus membuka laluan kepada PRN untuk diadakan.

Di Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan untuk mendapat majoriti mudah, parti bertanding perlu memenangi 29 kerusi bagi membentuk kerajaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH yang bertanding menggunakan logo PKR ketika itu mendominasi negeri merah kuning apabila menang 51 daripada 56 kerusi DUN, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad