web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amiruddin Lebih Baik, Kalau Berani, Azmin Sila Pertahankan DUN Bukit Antarabangsa

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 8:56PM

Pentadbiran Amirudin Shari dilihat terbukti lebih banyak menyediakan skim bantuan kepada rakyat, berbanding ketika Selangor diterajui Mohamed Azmin Ali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilihat terbukti lebih banyak menyediakan skim bantuan kepada rakyat, berbanding ketika negeri itu diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Timbalan Pengarah Komunikasi PKR, Danish Hairudin berkata, Mohamed Azmin seharusnya sedar bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Amirudin adalah lebih baik berbanding mantan Ahli Parlimen Gombak itu. 

Menurut beliau, pandangan dilontarkan oleh mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu hanya retorik yang dicipta bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap parti komponen Kerajaan Perpaduan. 

"Beliau dengan angkuh menyerang Amirudin, menyatakan beliaulah yang meletakan pemimpin itu sebagai Menteri Besar Selangor. Sebenarnya, PKR yang meletakan beliau di posisi tersebut atas semangat parti dan bukannya kerana Azmin Ali.

"Adakah beliau sudah bertukar menjadi Tuhan begitu berkuasa untuk menentukan kedudukan seseorang? Ketika Azmin memimpin Selangor, tidak banyak skim bantuan sosial dilakukan manakala rizab negeri pula berada dalam keadaan kurang baik," katanya hari ini. 

Danish menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Azmin pada Konvensyen Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Selangor, yang secara terang menyerang pimpinan Anwar kerana didakwa tidak memiliki hala tuju dalam memimpin Kerajaan Perpaduan.

Azmin berkata, Anwar yang juga Presiden PKR perlu berundur dari Putrajaya jika Selangor jatuh kepada PN pada PRN akan datang. 

Beliau mendakwa, undian kepada PH merupakan sokongan kepada kleptokrasi dan nepotisme dalam kerajaan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut mendedahkan PKR pada asalnya tidak menghantar nama Datuk Seri Amirudin Shari untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dakwanya, beliau adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu kepada istana untuk dipilih menerajui kerajaan negeri. 

Mengulas lanjut, Danish berkata, Amirudin juga terpaksa membersihkan segala kelemahan  dilakukan oleh Mohamed Azmin ketika menjadi Menteri Besar, bagi memastikan sosioekonomi di Selangor sentiasa berdaya tahan dan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik. 

Disebabkan perkara itu, jelasnya, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Amiruddin berjaya melaksanakan 44 program menerusi Iltizam Selangor Penyayang untuk golongan berpendapatan rendah (B40), dari mula dilahirkan hingga mencecah usia emas.

"Amirudin merupakan Ketua Kerajaan Selangor yang jauh lebih kompeten mentadbir berbanding Azmin. Hari ini rakyat negeri itu di pelbagai peringkat umur berbangga dengan bantuan khusus oleh kerajaan negeri.

"Prestasi cemerlang Amirudin mengemudi Selangor sudah cukup untuk memberi gambaran jelas kepada rakyat Selangor untuk terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Dalam pada itu, Danish memaklumkan, Mohamed Azmin seharusnya bermuhasabah dan tidak lupa bahawa kekalahan teruknya di Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah bukti penolakan rakyat.

"Azmin perlu berhenti menjadi munafik dan sedar diri apabila beliau telah jelas ditolak oleh rakyat Selangor. Mereka bijak untuk menilai calon yang ikhlas, berprinsip dan tidak mengkhianati mandat rakyat. 

"Jika benar Azmin anak jantan, beliau perlu berani mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan jangan lari atau bersandiwara,kononnya ingin berehat cpada PRN Selangor kali ini," katanya. 

Sementara itu, Danish berkata, Kerajaan Perpaduan konsisten untuk mentadbir negara dengan tata kelola yang baik dan menghapuskan rasuah. 

"Prinsip jelas itu akan membolehkan negara membangun dengan baik serta memberi keyakinan kukuh kepada pelabur.

"Hal tersebut jelas apabila suku pertama pertumbuhan Malaysia mengatasi Singapura, Indonesia dan China dengan nilai pelaburan mencecah RM71 bilion,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad