web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Layan Kenyataan Bertentangan Pendirian Rasmi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 7:00AM

Ahmad Zahid bersalaman dengan ahli UMNO Tan Sri Mohd Isa Abd Samad ketika Majlis Amanat Presiden UMNO bersama Jentera UMNO untuk PIlihan Raya Negeri (PRN) di Wisma UMNO Seremban semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin parti itu supaya tidak melayan sebarang kenyataan mana-mana individu yang bertentangan dengan pendirian komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata sekiranya pemimpin UMNO mudah memberikan reaksi balas terhadap sebarang kenyataan negatif berkenaan ia menggambarkan seolah-olah perkara itu sebagai masalah besar meskipun sebenarnya ia bukan pendirian parti. 

“Saya telah beritahu, jangan ada reaksi untuk membalas dan sebagainya daripada pihak kita kerana jika isu ditimbulkan dan kita bereaksi, ia nampak seolah-olah itu masalah besar, sebenarnya tidak, ia bukan masalah utama.

“Ini kerana ia tidak menjadi dasar atau pegangan, pendirian apatah lagi ketetapan mana-mana kepimpinan parti, pegangan kami ialah rundingan yang dijalankan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).. ayuh kita terus bergerak ke hadapan, jangan membaling batu di rumah kaca,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Presiden bersama jentera UMNO Negeri Sembilan yang turut dihadiri Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua semalam yang menggelarkan BN sebagai pakatan 'korup' dan berharap PH dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang sudah menegaskan bahawa kenyataan dibuat Pua adalah atas kapasiti individu dan tidak mewakili kepimpinan parti.

Ditanya mengenai pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Ahmad Zahid berkata BN meminta pertimbangan untuk diberikan tambahan dua kerusi daripada 16 kerusi dimenangi BN sebelum ini.

Mengenai perjumpaan hari ini, beliau berkata parti itu telah memutuskan untuk menggunakan pendekatan kempen berbentuk baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita lihat dalam PRU15, organisasi kita cukup berstruktur namun mungkin pendekatan kita perlu diperbaiki, masa ini saat sesuai untuk kita baiki jentera pilihan raya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad