web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Tanding 15 Kerusi DUN Kedah?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 9:09PM

Pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) negeri hanya akan dimuktamadkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO Kedah tidak menolak kemungkinan akan bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagaimanapun pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) negeri hanya akan dimuktamadkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan.

“Kalau kita ada 15 DUN yang bertanding itu kira minimumlah. Kalau kita dapat lebih daripada itu, maknanya itu sudah banyaklah daripada itu,” katanya selepas menghadiri Taklimat Persiapan PRN UMNO DUN Sungai Tiang di Pendang, Kedah, hari ini. 

Mengenai pembahagian dua daripada 36 kerusi DUN di negeri itu yang masih belum dimuktamadkan oleh BN dan PH, Mahdzir berkata, perkara itu tidak menimbulkan apa-apa isu dan dijangka selesai tidak lama lagi. 

“Saya ingat yang itu bukan isulah untuk diselesaikan. Saya ingat InsyaAllah dalam minggu ini sebelum raya haji ini kita boleh selesai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, BN sudah memulakan gerak kerja termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) setiap DUN. 

Mahdzir yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah berkata, antara gerak kerja dilakukan adalah memastikan semua jawatankuasa ditubuhkan itu bekerjasama dengan calon Pakatan Harapan (PH) di DUN yang ditandingi gabungan itu. 

“Katalah Sungai Tiang, ada lebih kurang 23 PDM, maka kita akan tubuh jawatankuasa di 23 PDM itu. Katalah di Tokai ada 21, jadi ada 21 jawatankuasa. 

“Jadi kalau di Tokai itu ditandingi oleh PH, maknanya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh BN tadi, bantulah sebab ‘frontliner’ kepada Tokai itu nanti adalah PH, jadi BN akan bantu. 

“Kalaulah Sungai Tiang itu nanti BN yang bertanding, jadi ‘frontliner’ di Sungai Tiang itu adalah BN. PH yang akan datang bantu,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir yakin pengundi berada pada naratif yang jelas selepas keliru membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

“Kekeliruan itu berlaku disebabkan BN dan Perikatan Nasional (PN) ketika itu parti yang menjadi kerajaan. Kita pun tak boleh salahkan depa jugalah pada waktu itu, tapi hari ini sangat jelas.

“Di Putrajaya (ada) BN dan PH, di sini (Kedah) PN (iaitu) PAS dan BERSATU yang jadi pembangkang. Sebab itu saya guna tagline kalih bagi sama," katanya. - Getaran, 23 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan