web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fitnah, 3R Diyakini Jadi Modal Kempen PRN Pembangkang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 2:18PM

Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa blok tersebut tidak akan menggunakan isu berkenaan ketika berkempen sukar dipercayai - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fitnah dan isu 3R (religion, royalty, race) diyakini akan melatari kempen digerakkan pembangkang sempena enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa blok tersebut tidak akan menggunakan isu berkenaan ketika berkempen sukar dipercayai.

Mengakui tidak yakin dengan kenyataan itu, Agus berkata, pemerhatiannya menunjukkan PN cenderung mengangkat 3R sebagai antara modal utama kempen mereka.

“Muhyiddin menyatakan gabungan itu tidak akan menggunakan isu 3R, sebaliknya akan mengangkat isu berkaitan dengan cara menangani inflasi, kos sara hidup, harga barang dan perkhidmatan yang meningkat, dan membantu perniagaan.

“Kenyataan pengerusi PN ditunggu rakyat kerana itulah yang terbaik untuk negara, namun sejujurnya, saya tidak yakin dengan kenyataan tersebut. Setakat yng saya perhati, hanya dua modal utama penyokong dan pemimpin PN. Kalau bukan 3R, satu lagi ialah fitnah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas beliau, sudah seakan menjadi kelaziman PN untuk dilatari fitnah yang berleluasa.

“Misalnya, kelmarin wakil rakyat PAS mereka cerita kononnya YB Teresa Kok telah dilantik sebagai Pengerusi Felda. Untuk apa cerita ini direka jika bukan untuk membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu kepada PMX? 

“Di parlimen pula, Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail secara emosi menuduh Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) memfitnah dan anti-Islam tanpa satu pun hujah yang boleh diterima akal,” katanya.

Tegas Agus, kandungan media sosial kalangan penyokong PN juga amat menyedihkan kerana dipenuhi dakwaan jelik, termasuk agenda Kristianisasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka juga menuduh Anwar sebagai pro-liberal, pro-LGBT, pro-Komunis, dan undi PH-BN masuk neraka. 

“Mengapa saya yakin PN akan terus eksploitasikan isu 3R ini? Ini kerana tanpa isu 3R dan fitnah, tidak ada apa yang mereka dapat sampaikan kepada rakyat. Hendak menceritakan pencapaian selama 33 bulan menjadi kerajaan, tidak ada apa yang boleh dibanggakan,” katanya, sinis.

Agus menarik perhatian, isu RUU 355 dan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim juga gagal dibela ketika blok terbabit mentadbir kerajaan.

“Yang ada ialah bilangan menteri yang ramai termasuk duta khas, rakyat mengibar bendera putih, rakyat terjun jambatan, parlimen digantung, dan rakyat dibenarkan mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

“Mereka tidak sedar dengan pengeluaran KWSP tersebut, inflasi meningkat disebabkan oleh sudden increase in spending power,” katanya.

Menyifatkan PN sebagai kerajaan yang gagal, beliau berkata, pencapaian blok itu sebagai pembangkang juga tidak berjaya dimanfaatkan. 

“Mereka gagal memainkan peranan semak dan imbang dengan baik. Kebanyakan isu yang dibahas hanya seks, konsert, pakaian kerja dan isu perkauman. 

“Selain itu ialah mencari kesalahan serta kelemahan Kerajaan Perpaduan. Bagi saya, pemimpin PN bankrap idea untuk berhujah tentang dasar dan ekonomi negara,” katanya.

Hakikat itu tambah Agus, diperkuatkan dengan pencapaian PAS sepanjang 33 tahun parti berkenaan mentadbir Kelantan.

“Kelantan mundur dari segi pembangunan infrastrukturnya. Tentu sahaja hujah PAS ialah kerana kerajaan pusat mendiskriminasikan Kelantan, royalti minyak disekat dan lain-lain alasan yang langsung tidak menyentuh tentang tadbir urus PAS yang lemah. 

“Pertanyaannya, setelah melihat kelemahan kerajaan PN sebelum ini dan negeri yang diperintah oleh PAS, mahukah kita melihat PN kembali berkuasa dengan pemimpinnya yang tidak kompeten? Lihatlah apa inisiatif dan tawaran dasar PN untuk pembangunan negara? Hendak memperjuangkan hal asas seperti rasuah pun, suara tidak nyaring,” tempelaknya. - Getaran, 23 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

3

Politik 2 tahun yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Logo Kasut Mirip Allah: MCMC Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Sentuh 3R

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad