web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Masih Kelirukan Rakyat, Jadikan Isu Kalimah Allah Modal Politik PRN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:39PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan PAS itu seolah-olah menggambarkan Islam terancam dalam pentadbiran kerajaan MADANI - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama UMNO mengecam tindakan PAS yang didakwa masih mengelirukan rakyat berhubung penarikan rayuan terhadap keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bill melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan PAS itu seolah-olah menggambarkan Islam terancam dalam pentadbiran kerajaan MADANI.

Menurutnya, naratif itu sedang dibuat oleh PAS dalam siri ceramah mereka dan dijadikan sebagai modal politik menjelang pilihan raya di enam negeri akan datang.

“Itu sahaja kemahiran penceramah PAS khususnya, iaitu menunggang isu agama yang selalunya mudah menyentuh perasaan muslim yang tidak mendalami Islam, apatah lagi apabila dibaca ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis umum untuk mengukuhkan naratif kononnya Islam terancam.

“Apa lagi modal terbaik mereka ada melainkan menghasut rakyat kononnya Islam terancam, meskipun sebenarnya terancam ialah kedudukan pembangkang yang lemah dengan hanya 74 Ahli Parlimen, berbanding kerajaan MADANI yang mempunyai 148 Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri berkata, penarikan rayuan kes Jill Ireland adalah bertujuan menjaga kesucian kalimah Allah.

Jelas beliau, kekalahan kerajaan dalam kes itu di Mahkamah Tinggi adalah berpunca daripada kelemahan pada Arahan Pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang digunakan sebagai rujukan untuk merampas cakera padat (CD) tersebut.

“Justeru, Kerajaan Perpaduan sedang berusaha mengemaskini Arahan Pentadbiran tersebut, agar tidak lagi berulang kes kerajaan dibawa ke mahkamah apabila penguatkuasaan kalimah Allah dilaksanakan KDN.

“Kerajaan juga bersetuju cadangan kemas kini Arahan Pentadbiran itu akan dibawa terlebih dahulu kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor, kemudian ke Majlis Raja-Raja (MRR) sebelum ke Kabinet untuk disahkan.

“Tidakkah semua itu usaha yang teratur oleh kerajaan MADANI demi menjaga kesucian kalimah Allah?” soalnya.

Pada masa sama, beliau berkata, kes Jill Ireland yang dimenangi di Mahkamah Tinggi, tidak boleh menjadi rujukan undang-undang mengatasi keputusan Mahkamah Rayuan 2013 dan Persekutuan 2014 sebelumnya yang sudah menoktahkan bahawa kalimah Allah adalah milik khusus umat Islam.

“Sekiranya rayuan kes Jill Ireland itu dibawa ke Mahkamah Rayuan, kebarangkalian kerajaan kalah lagi terbuka luas kerana kelemahan pada Arahan Pentadbiran KDN.

“Ia akan membuka senario baru apabila kes rampasan CD dari Indonesia bertulis Kalimah Allah ini, menjadi keputusan pula di peringkat Mahkamah Rayuan. Ini yang cuba dielakkan oleh kerajaan MADANI. Semuanya demi menjaga kesucian kalimah Allah,” katanya.

Pada 15 Mei lalu, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman Jill Ireland, seorang wanita beragama Kristian yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 April lalu. – Getaran, 14 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad