web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Yakin Gelombang Kebangkitan Rakyat Akan Berlaku Pada 6 PRN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 7:00AM

Muhyiddin Yassin - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) yakin gelombang kebangkitan rakyat akan berlaku pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berdasarkan sokongan padu rakyat setiap kali gabungan itu mengadakan program Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di beberapa negeri.

Menurut beliau, program berkenaan dihadiri puluhan ribu rakyat daripada pelbagai lapisan, sekali gus memberi isyarat perubahan besar bakal berlaku.

Gambar Facebook Muhyiddin Yassin
Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

“Alhamdulilah malam tadi (kelmarin) saya bersama-sama kepimpinan Perikatan Nasional  (PN)  menyertai puluhan ribu rakyat dalam program Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Senawang. 

“Seperti mana beberapa program yang sama di beberapa negeri lain sebelum ini, saya merasa terharu melihat sambutan hangat rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas mantan Perdana Menteri itu, beliau optimis gelombang kebangkitan tersebut akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada PN pada enam PRN tidak lama lagi.

Ini kerana katanya, seluruh rakyat melihat dan merasai apa yang sedang berlaku dalam negara ketika ini.

“Kos sara hidup semakin menghimpit, harga barang keperluan harian naik dan terus menekan kehidupan, ringgit merudum dan ekonomi negara seolah-oleh tidak ada hala tuju.

“Keadaan ini sudah cukup membuktikan kerajaan campuran PH-UMNO yang ada sekarang gagal membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi yang menjejaskan kehidupan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Gambar Facebook Muhyiddin Yassin
Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Tegas beliau, segala janji yang ditabur sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU115) tidak dilaksanakan walaupun sudah enam bulan Kerajaan Perpaduan ditubuhkan. 

“Rakyat sudah tidak tahan dengan keadaan ini dan saya ingin mengajak rakyat Negeri Sembilan serta lima negeri lain yang terlibat dalam PRN tidak lama lagi, mengundi PN sebagai satu referandum bantahan rakyat kepada Kerajaan Campuran PH-UMNO kerana gagal mengurus negara.

“Jadikanlah PRN nanti sebagai satu isyarat bahawa rakyat marah dengan apa yang sedang berlaku,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku Timbalan Pengerusi PN.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Faizal Azumu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali serta seluruh kepimpinan BERSATU, PAS dan Gerakan peringkat nasional dan negeri kerana mengambil bahagian dan menjayakan program ini.

“Insya-Allah kita akan terus bersama dan istiqamah dalam perjuangan membela nasib rakyat dan negara ini,” katanya.  - Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad