web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama Dengan Dr Mahathir Mungkin Jadi Liabiliti, Punca PN Hilang Sokongan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 8:32PM

Dr Mahathir Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan Tun Dr Mahathir Mohamed dianggap tidak akan membawa kesan baik kepada gabungan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbabit.

Itu pandangan diberikan penganalisis politik, Profesor Madya Dr Jeniri Amir yang turut mengatakan, kolaborasi terbabit juga mungkin menjadi liabiliti kepada gabungan berkenaan.

“Tun M hilang deposit dan kalah teruk dalam PRU lalu, apa beza beliau ketika itu dengan beliau dalam menghadapi PRN (Pilihan Raya Negeri) akan datang?

“Reputasi beliau sudah musnah selepas beliau letak jawatan (sebagai Perdana Menteri) daripada (kerajaan pentadbiran) Pakatan Harapan (PH) tanpa sebab,” katanya seperti dilaporkan BH.

 Dr Jeniri Amir
Dr Jeniri Amir

Profesor Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata, tindakan Mahathir meletakkan jawatan tanpa provokasi, sehingga PH hilang kuasa sebagai kerajaan masih memberi kesan kepada penyokong beliau dan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit.

“Mahathir kalah teruk di Langkawi. Itu satu petunjuk besar menunjukkan beliau sudah tak ada taring, ...taringnya dah tumpul,” katanya.

Mengulas mengenai pandangannya bahawa Dr Mahathir akan menjadi liabiliti kepada PN, Jeniri berkata, kerjasama dengan mantan Perdana Menteri itu mungkin akan menyebabkan PN kehilangan sokongan.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Mahathir mengakui bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat sama.

Jeniri berkata kerjasama dengan Dr Mahathir mungkin akan menyebabkan PN kehilangan sokongan.
Jeniri berkata kerjasama dengan Dr Mahathir mungkin akan menyebabkan PN kehilangan sokongan.

Dr Mahathir berkata, usaha memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat utama, selain menolak individu terpalit isu rasuah atau salah laku jenayah.

Manakala, semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir demi matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan, ia susulan mantan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) terbabit, terlebih dahulu menyatakan kesediaan bekerjasama semula dengan gabungannya.

“Saya menyambut baik kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya. Sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam, termasuk Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa serta negara.

“Kesediaan ini juga didorong perkembangan politik mutakhir yang meletakkan kaum Melayu dan umat Islam Malaysia di suatu persimpangan getir,” katanya. – Getaran, 3 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad