web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jelaskan Sebab Utama UMNO Bersama PH, Jika Tidak…

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 4:55PM

Kerjasama antara UMNO dan gabungan itu sehingga menubuhkan Kerajaan Perpaduan dilihat rapuh sehingga masih tidak mampu memikat hati peringkat akar umbi parti. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO perlu menjelaskan secara terperinci sebab utama parti itu mengadakan kerjasama dengan seteru politiknya, iaitu Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ini kerana kerjasama antara UMNO dan gabungan itu sehingga menubuhkan Kerajaan Perpaduan dilihat rapuh sehingga masih tidak mampu memikat hati peringkat akar umbi parti.

“Soal pendek atau panjang kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PH amat bergantung kepada kebijaksanaan nakhoda masing-masing dalam mengemudinya supaya tidak ‘patah’ di tengah jalan.

“Kerjasama yang rapuh ini, kalau tidak berhati-hati akan jatuh pecah berkecai. Akar umbi perlu diberi penjelasan kenapa dan mengapa UMNO bekerjasama dengan PH,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, ahli akar umbi UMNO ketika ini juga keliru mengapa parti itu perlu bekerjasama dengan PH pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Ini kerana, katanya, semua ahli UMNO merasakan mereka seperti dipaksa untuk menerima kerjasama dengan PH terutama, DAP.

“Ahli keliru kerana sebelum PRU-15 slogan ‘No DAP No Anwar’ dijaja. Tapi sekarang bila bekerjasama dengan PH seolah-olah ‘Yes DAP Yes Anwar’.

“DAP yang menjadi musuh tradisi UMNO sekarang menjadi kawan. Ahli UMNO seperti dipaksa berbaik dengan DAP,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, ahli UMNO bukan anti-Cina susulan mereka dididik dengan doktrin untuk bekerjasama dengan MCA dan MIC yang mewakili masyarakat Cina dan India di negara ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, ahli UMNO merasakan ada perasaan curiga untuk bekerjasama dengan DAP atas alasan kedua-dua pihak dilihat masih belum mempercayai antara satu sama lain.

“Sekian lama bermusuh dan berlawan sekarang nak berbaik dan berkawan. Bukan senang untuk diubah persepsi itu dalam masa yang singkat menjelang PRN nanti. Bagaimanapun ianya bergantung kepada kebijaksanaan penerajunya.

“Walaupun bukan mudah untuk memujuk hati yang marah, tetapi tidak mustahil ianya mampu disejukkan. Tidak ada kawan dan lawan yang kekal dalam politik.

“UMNO dan DAP tidak ada pilihan lain kalau mahu kekal bersahabat dan bekerjasama, melainkan saling bantu-membantu bagi memenangi calon masing-masing pada PRN nanti,” katanya. - Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad