web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guan Eng Minta Pembangkang Biasakan Diri Dengan Kerjasama DAP-UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 11:14AM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM – DAP dan UMNO yang pernah berseteru sebelum ini, bekerjasama dalam kerajaan Persekutuan sebagai sebahagian daripada sistem politik matang di mana kempen tertumpu kepada dasar, bukannya retorik mengenai kaum dan agama.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengakui ada pihak tertentu yang tidak boleh "menerima realiti" dan cuba "menggulingkan kerajaan yang sah".

“Banyak yang perlu dibiasakan. Memandangkan kita (DAP dan UMNO) tidak pernah bekerjasama (di peringkat negeri). Tetapi kita akan pastikan perpaduan bukan sahaja di peringkat nasional.

“Kawan atau lawan, keamanan dan kemakmuran di Malaysia adalah yang paling penting,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Auto City di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau membidas parti gabungan Perikatan Nasional (PN), malah menuduh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai "lidah biawak".

“Pada 2008, Presiden PAS bertegas supaya rakyat mengundi DAP. Ini 'lidah biawak'.

“PN mendakwa bahawa ia mempunyai 80 peratus sokongan daripada semua enam negeri. Bolehkah mereka mendapatkannya dari Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang? Semua cakap kosong.

“Di sesetengah negeri PAS, mereka tidak boleh menyediakan infrastruktur asas pun,” katanya.

PAS dan DAP bekerjasama pada 2008. Kedua-dua parti itu bergabung dengan PKR dan dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Guan Eng juga positif bahawa gabungan Pakatan Harapan (PH), yang mana DAP adalah sebahagian daripadanya, dan BN akan menang besar di Pulau Pinang untuk menunjukkan apa itu kerajaan Perpaduan.

“Bukan sahaja kita boleh kekalkan status quo (37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)... kita boleh tambah kerusi baharu supaya kerajaan negeri (kita) kukuh,” katanya.

Jelas beliau lagi, DUN Pulau Pinang dijangka dibubarkan pada akhir Jun, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) mungkin diadakan pada Ogos.

Pembubaran DUN Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dijangka akan menyusul.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, parti itu sedang membiasakan diri untuk bekerjasama dengan UMNO kira-kira enam bulan dalam kerajaan Perpaduan.

Dalam sidang medianya, beliau memaklumkan terdapat beberapa kerusi Pulau Pinang yang masih dalam rundingan dengan BN melalui UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, rundingan kerusi dibuat atas semangat “memberi dan menerima” walaupun terdapat beberapa isu yang bertindih.

Tambahnya, UMNO Pulau Pinang tidak akan diprovokasi oleh Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang yakin pakatan pembangkang akan memenangi kerusi yang dikuasai orang Melayu.

“Biarlah dia cakap apa yang dia nak. Kita jangan ikut dia. Kita tidak terlalu yakin. Kita mesti memberi tumpuan kepada perkhidmatan dan memenuhi keperluan pengundi,” katanya. - The Vibes, 22 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad