web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fikir Masak-Masak Sebelum Sertai PAS, PN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 5:53PM

Zaid Ibrahim berkata meminta bekas pemimpin UMNO supaya berfikir sebaiknya sebelum membuat keputusan menyertai PN. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan pemimpin UMNO yang diuar-uarkan akan menyertai Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS diingatkan untuk berfikir sebaiknya sebelum membuat keputusan.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, adalah mustahil mereka lupa bahawa ketika berada dalam parti, akidah ahli dan penyokongnya telah ‘dikafirkan’ oleh PAS.

Menurut beliau, parti yang mereka hendak sertai itu bertanggungjawab memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu dengan fatwa mengarut pemimpin kanannya.

Zaid Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman
Zaid Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

“Sudah lupakah mereka dengan isu dua imam, solat jenazah dua kali, sembelihan UMNO tidak sah dimakan, kahwin dua kali hanya kerana berbeza fahaman politik dan parti?

“Bekas pemimpin itu ada dalam UMNO ketika itu dan bekerja keras melawan isu tersebut tetapi, sekarang mereka mahu menyertai PAS hanya kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan parti dan mahukan kuasa.

“Sepatutnya, sebagai umat Islam dan orang Melayu yang bukan aliran PAS, mereka berpendirian ‘tiada maaf bagi mu’. Adoi, pening saya (memikirkan) tindakan bekas pemimpin UMNO ini,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Presiden Pertubuhan Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan menghantar permohonan menjadi ahli PAS

Bekas Ahli Parlimen Ketereh berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas beliau meneliti senario politik negara dan juga keadaan dalam UMNO itu sendiri.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, terpulang kepada PAS sama ada mahu menerima permohonan terbabit ataupun sebaliknya.

Khamis lalu, media melaporkan mantan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai Pas.

Perkara itu diumumkan Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilaporkan berkata, mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menunjukkan minat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). 

Katanya, satu pengumuman penerimaan keahlian mereka dijangka dibuat penghujung bulan ini.

Dalam pada itu, Zaid berkata, perjuangan PAS sejak dari dulu hingga kini bukan untuk menegakkan syiar Islam sebaliknya mahu menjatuhkan kerajaan.

“Kita jangan lupa, hari ini pun kita kena lihat politik sensasi mereka adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan dengan menggunakan isu kalimah Allah dan konsert Coldplay.

“Pada saya, semua isu yang dimainkan oleh PAS ini adalah politik karut, tidak menguntungkan umat Islam dan orang Melayu," katanya. 

Apa yang penting, Zaid berkata, pembangkang khususnya PN hanya mahu memecah belahkan masyarakat dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sehubungan itu, saya mengharapkan agar akar umbi UMNO yang masih kekal dalam parti memberi sokongan padu kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan," katanya. 

Zaid menjelaskan kerajaan ketika ini dilihat komited mahu mengekalkan demokrasi dan sistem berparlimen di Malaysia supaya rakyat boleh memilih pemimpin secara harmoni.

Sedangkan, katanya, pembangkang menggunakan segala isu untuk menjatuhkan kerajaan dan sudah tentu rakyat dapat membezakannya. 

"Parti komponen Kerajaan Perpaduan adalah pemimpin yang mahu mempertahankan sistem berparlimen.

"Kalau puak sana memerintah (PN), dia akan jadi bukan sahaja Coldplay tak dpt konsert, malah pelbagai budaya, khususnya orang Melayu, pelajaran kaum Melayu rosak, persatuan agama kita rosak sebab ada kumpulan yang bermain politik," katanya. - Getaran, 20 Mei 2023.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad