web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Puad Zarkashi Nafi Terlibat Insiden Pembakaran Suar

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 5:40PM

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menafikan terbabit dalam kejadian pembakaran suar dan mempamerkan kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja semalam sehingga menyaksikan seorang pemuda ditahan polis.

Ia susulan ada individu cuba mengaitkannya dengan kejadian itu yang membantah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), memandangkan beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

“Ada individu yang cuba kaitkan saya dengan kejadian perhimpunan, bakar suar dan pamer kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat.

“Mungkin, pertama kerana saya Ketua Umno Bahagian Batu Pahat dan kedua, kerana saya konsisten mengatakan kerajaan PM 8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) memang ‘Kerajaan Gagal’.

“Perlu dijelaskan, Parit Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading bukan Parlimen Batu Pahat. Maka jangan tuduh semberono,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Puad juga menegaskan kerajaan dan pemimpin perlu memikirkan mengapa insiden seperti itu boleh berlaku pada hari pertama Aidilfitri.

“Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja.

“Bukan itu sahaja, ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk ‘Kerajaan Gagal’,” katanya.

Dalam kenyataannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada orang di Parit Raja yang membuat bantahan berkenaan.

“Semoga PM 8 berpijak di bumi nyata. Tahniah orang Parit Raja,” ujarnya lagi.

Insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial semalam mendapat perhatian orang ramai dan penduduk setempat.

Seramai 20 individu telah ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan. - Getaran, 14 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

2

Politik 2 tahun yang lalu

‘Sanusi Sibuk Berbohong, Macam Mana Pelabur Nak Datang?’ - Puad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sanusi MB Pembohong No 1 Malaysia - Puad 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Khidmat Unit Anjing Pengesan FRU Diaktifkan Tahun Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 16 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad