web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shahidan Itu Selangor Sangatkah, Ini Bukti PN Sedang Bercelaru Letak Calon PRN 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:20PM

Shahidan Kassim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempersoal ‘kehebatan’ yang dimiliki Ahli Parlimen Arau dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim sehingga namanya disebut-sebut akan bertanding di salah satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. 

Beliau menegaskan, desas-desus itu hanyalah membuktikan PN tidak konsisten dalam meletakkan bakal calonnya dalam pilihan raya, kerana masih tiada keputusan rasmi dibuat oleh gabungan politik berkenaan. 

"Nampak bercelaru, contohnya, nama Shahidan dibangkit untuk masuk (bertanding). Shahidan itu ‘Selangor’ sangatlah (sampai mahu bertanding pilihan raya)? 

“Sebelum bercakap dia tidak berfikir. Mungkin otak dia letak di telinga jadi tidak sempat bercakap. Memang itu yang saya lihat, mereka tidak konsisten (soal calon)," katanya katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Petaling Jaya yang disandang oleh Pengarah Komunikasi Pusat PKR, Lee Chean Chung.

Amirudin Shari - Gambar fail
Amirudin Shari - Gambar fail

Beliau berkata demikian selepas ditanya media apabila terdapat  beberapa nama pemimpin pembangkang termasuk Shahidan dan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan menjadi pencabar terbesar kerajaan negeri dalam PRN akan datang. 

Amirudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu ia dijadikan objek serangan politik yang melampau oleh pembangkang. 

“Jadi, tidak mengapalah, kita tumpu kerja kerja kita sahaja. Data, bukti dan fakta masih menunjukkan kita terbaik termasuk dari segi ekonomi dan program pembangunan sosial,” katanya.

Sementara itu, mengulas  parti mana yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Amirudin berkata, DAP bakal mendapat semula kerusi itu yang  hilang sebelum ini kerana penyandangnya, Bryan Lai Wai Chong menyertai Parti Warisan (WARISAN). 

Ini setelah Wai Chong yang menyokong Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memutuskan tidak mempertahan DUN Teratai pada Pilihan Raya Negeri Selangor (PRN) yang akan berlangsung tahun ini. 

Beliau berkata, keputusan itu dibuat merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksikan DAP menang di DUN Teratai dan parti itu akan terus mempertahankannya dalam pilihan raya negeri. 

“Kita bergantung pada keputusan pilihan raya pada 2018 (PRU14) yang dimenangi oleh DAP dan kita (Pakatan Harapan) kekalkan parti DAP untuk DUN Teratai.

“Tiada perubahan parti untuk DUN Teratai untuk mewakili kerajaan atau pun gabungan perpaduan dalam pilihan raya akan datang,” katanya. 

Pengumuman itu secara tidak langsung menyaksikan WARISAN tidak lagi mempunyai kerusi DUN di Semenanjung dan hanya sempat memiliki DUN Teratai kurang dua tahun sejak Januari 2022. 

Wei Chong merupakan satu-satunya wakil rakyat tunggal dari WARISAN yang menang bertanding di Selangor pada PRU-14 lalu atas tiket DAP. 

Pada April 2021, Wai Chong mengumumkan keluar daripada DAP dan bergerak sebagai wakil rakyat Bebas yang menyokong PH demi untuk menyelesaikan masalah peribadinya dan tidak mahu DAP terpalit dengan masalah berkenaan. 

Bagaimanapun, Wai Chong dilaporkan menyertai WARISAN semasa satu acara parti itu yang diadakan di Kota Kinabalu pada Januari 2022. 

Sementara itu, mengulas berkenaan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan esok, Amirudin berkata, 19 parti akan menumpukan kepada agenda kestabilan dan memulihkan tekad selepas ia diranapkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Paling tidak kita akan kukuhkan tekad. Menjamin kestabilan, pemulihan ekonomi bersama serta melaksana agenda reformasi kepada Pakatan Harapan (PH).

“Beberapa aspek itu kita kukuhkan kerana sebelum ini kita berada dalam kerajaan tidak stabil. Hal ini satu pengajaran kepada pemimpin. Saya percaya semua faham,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan