web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha UMNO Kurniakan Kerajaan Terbaik Untuk Rakyat ‘Diganggu’ Propaganda Negatif Musuh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 6:05PM

Ahmad Zahid berkata permainan persepsi ini diasak-asak sepanjang masa sehingga membentuk satu realiti merbahaya di dalam pemikiran dan kehidupan rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam usahanya untuk mengurniakan rakyat sebuah kerajaan diyakini, mempertahankan nilai demokrasi, memperjuangkan hak kemanusiaan dan cakna realiti semasa, UMNO terus berdepan tindakan musuhnya yang cuba membina propaganda negatif kerana tidak senang dengan kedudukan dikecapi parti itu sekarang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam keadaan parti itu sedang pulih dan bangkit, musuh berkenaan terus ghairah menanamkan perasaan benci serta prejudis melampau dalam pemikiran rakyat, terutama anak muda yang baru sahaja bersemangat menunaikan tanggungjawab demokrasi masing-masing.

Katanya, permainan persepsi ini diasak-asak sepanjang masa sehingga membentuk satu realiti merbahaya di dalam pemikiran dan kehidupan rakyat.

“Politik nilai, politik khidmat, ikhtiar untuk membina negara terbaik, iltizam politik untuk meletakkan negara pada landasan ekonomi kukuh dan terbaik semuanya diketepikan serta digantikan kebencian dan dendam kesumat.

“Semuanya dihidangkan sebagai soundbyte buffet yang mudah dihadam dan diterima serta berlegar di domain digital sehingga ke hari ini.

“Daripada usaha memajukan masyarakat mendepani cabaran abad ke-21, sebaliknya ini sudah menganjakkan masyarakat kita jauh ke belakang. Kita sudah kembali kepada budaya politik lapuk dan ketinggalan zaman,” katanya menerusi Facebook sempena ulang tahun Ke-77 UMNO.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata, situasi itu memberi kesan terburuk kepada anak muda, apabila golongan terbabit yang menjadi pelapis negara, memulakan ‘political journey’ (perjalanan politik) mereka melalui lensa perkauman dan propaganda kebencian.

“Saya yakin, bahawa pihak sana bukannya tidak sedar kesan buruk daripada propaganda ini, tetapi memilih dengan sengaja memejamkan mata dan membiarkan anak muda kita terus terbuai, sehingga membelakangkan semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara.

“Semuanya demi laba dan kuasa, bukan demi rakyat serta negara,” katanya.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, bagi mengembalikan Malaysia ke landasan betul, semua pihak perlu melihat ke dalam diri masing-masing dan menginsafi tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.

Menurutnya, kesejahteraan negara bukan semata-mata ditentukan kerajaan dan pemimpinnya, malah ditetapkan pilihan serta tindakan berjuta rakyat.

Peranan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, katanya, adalah peluang kepada parti itu untuk menggalas tanggungjawab mentadbir negara dengan baik dan membuktikan kebolehannya memimpin harapan rakyat.

“Cara kita membina negara perlu lebih cekap dan bermaruah serta berintegriti.

“Kita mendukung nilai hormat dan saling kebertanggungjawaban antara kita dan juga rakan kita dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita mengambil pendirian rasional dan mengiktiraf bahawa kita boleh bergerak seiringan. Bukan sahaja membabitkan aspek nilai kita kongsi bersama, tetapi juga dalam menentukan hala tuju Malaysia yang terbaik,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, sangat penting untuk UMNO menjelmakan kembali kekuatannya dan parti itu perlu kuat, mantap dan mempunyai tapak luas serta inklusif. – Getaran, 11 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad