web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS-BERSATU Akan Berpisah Kerana Tun M - Puad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 1:05PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjangkakan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan berpisah angkara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jangkaan itu susulan ketidakhadiran pemimpin tertinggi BERSATU termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika PAS menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan Dr Mahathir, baru-baru ini.

“PAS sign (tandatangan) proklamasi itu. Beberapa pemimpin Bersatu juga sign. Kenapa Muhyiddin dan Hamzah tidak sign?

“PAS-UMNO berpisah kerana Muhyiddin. Kali ini PAS-BERSATU akan berpisah kerana Tun M,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail
Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Pada masa sama, Puad turut menyifatkan tiada beza antara Kongres Maruah Melayu pada 2019 dan Proklamasi Orang Melayu 2023 kerana kedua duanya ditaja oleh Dr Mahathir.

Malah, beliau membidas tindakan Dr Mahathir yang didakwa tidak melakukan apa-apa untuk orang Melayu ketika berkuasa, sebaliknya hanya ‘bertindak’ ketika tidak berjawatan.

“Kongres Maruah Melayu diadakan ketika Mahathir PM ketujuh. Masa itu dia berkuasa. Apa dia buat? Banyak aset orang Melayu terjual termasuk aset Tabung Haji (TH).

“Tahun 2023 dia tidak ada kuasa tetapi taja Proklamasi Orang Melayu pula. Masa berkuasa tidak buat apa. Masa tidak berkuasa nak buat apa? Masalahnya ada yang tidak serik-serik,” katanya.

Abdul Hadi Awang - Gambar fail
Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Pada 3 Mei lalu, media melaporkan beberapa pemimpin PAS termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menandatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ diterajui Dr Mahathir.

Proklamasi itu menimbulkan beberapa spekulasi termasuk dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) bakal berpecah susulan pembabitan Ahli Parlimen PAS dengan proklamasi terbabit.

Selain itu ia juga didakwa usaha memancing undi Melayu untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, PAS menafikan dakwaan pertemuan yang berlangsung antara Abdul Hadi dengan Dr Mahathir baru-baru ini sebagai langkah parti itu untuk meninggalkan BERSATU.

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, ini kerana kerjasama dan hubungan antara dua parti itu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) masih kuat.

Katanya, ia terbukti menerusi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Kedah pada Sabtu lalu yang mana antara lain turut dihadiri pemimpin BERSATU.

“(Dakwaan PAS hendak tinggalkan BERSATU) itu tidak betul. Malah sebenarnya rancangan pertemuan dengan Tun Mahathir itu sudah dirancang lebih lama namun tertangguh hampir empat kali.

“Ketika itu sahaja Tun Mahathir berkelapangan (untuk adakan pertemuan dengan Abdul Hadi) yang mana pada asalnya ada program rasmi untuk itu, namun telah dibatalkan pada saat-saat akhir,” katanya lagi. 

Sementara itu, Puad turut menegaskan Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung pada Ahad ini lebih realistik berbanding Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan Dr Mahathir.

Terdahulu, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan konvensyen itu menjadi medan penting dalam memastikan kesefahaman dan komitmen semua parti gabungan untuk mengutamakan agenda rakyat, berbanding parti politik.

Menurut beliau, konvensyen itu yang dijangka menghimpunkan lebih 10,000 ahli parti akan menterjemahkan keserasian bukan sahaja di peringkat tertinggi, tetapi juga akar umbi.

Katanya, konvensyen julung kali sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan enam bulan lalu akan disertai oleh 19 parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Getaran, 10 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan