web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Ada Parti, Ahli Parlimen Dalam Kerajaan Perpaduan Tikam Dari Belakang 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 2:00PM

Dr Puad Zarkashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Parti politik dan Ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan diingatkan tidak bertindak tikam belakang atau bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menzahirkan kebimbangan mengenai desas-desus berhubung berkenaan kestabilan kerajaan bukan hanya ditujukan kepada pihak lawan, tetapi juga anggota Kerajaan Perpaduan demi maslahah kestabilan.

“Titah Sultan Johor agar Kerajaan Perpaduan tidak diganggu gugat adalah teguran kepada pelampau politik yang tidak serik dengan pengalaman pahit pertukaran tiga Perdana Menteri sebelum ini.

“Maka jangan ada parti atau Ahli Parlimen di pihak Kerajaan Perpaduan membuat langkah menikam dari dalam. Jangan terbabit proses jual beli politik dengan pihak lawan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman membuat hantaran di Facebooknya dengan berkata, “Sudah 126. Jika benar, Alhamdulillah” yang menunjukkan sokongan semasa kepada PN.

Dalam catatan berasingan, Dr Muhammad Faiz memuat naik perbualan dengan seorang wartawan yang bertanya kepadanya sama ada pembangkang yakin untuk berkuasa sebelum penggal tamat, dengan menjawab “Ya, kami (yakin). Insya Allah”.

Anwar juga sebelum ini menyifatkan desas-desus mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas sama sekali.

Mengulas lanjut, Puad berkata, teguran Sultan Johor berhubung desas-desus itu cukup jelas dan amat wajar kerana idea Kerajaan Perpaduan adalah titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu untuk menyelesaikan kebuntuan penubuhan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pertahankan kestabilan. Hentikan desas-desus, provokasi, niat dan perancangan untuk menukar Kerajaan Perpaduan. Terutama oleh pihak lawan. Peluang sudah diberi melalui peti undi pada PRU-15,” katanya.

Semalam, Anwar menegaskan beliau yakin kerajaan pimpinannya akan kekal menerajui negara sehingga berakhir penggal Parlimen meskipun timbul desas-desus mengenai usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, sekiranya benar Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, gabungan itu dialu-alukan untuk membuktikannya di Parlimen.

“Gerakan usul di Parlimen, saya tiada masalah.

“Setiap minggu (ada khabar angin), macam mimpi mingguan. (Ada spekulasi) sebelum bulan puasa, sebelum dan selepas Aidilfitri, (serta) sebelum Aidiladha, Thaipusam, dan Tahun Baru Cina.

“Tetapi InsyaAllah, Kerajaan Perpaduan akan kekal sampai penggal Parlimen berakhir sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang,” katanya. – Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'Muhyiddin, Suruhlah Menantu Tu Balik' - Mohd Puad

2

Politik 3 tahun yang lalu

‘Tiada Guna Terus Serang Satu Sama Lain, Tembak Kaki Sendiri’

3

Politik 3 tahun yang lalu

Proklamasi Orang Melayu Hanya Gimik, PAS, Tun M Tak Boleh Dipercayai

4

Politik 3 tahun yang lalu

‘Susah Bersahabat Dengan PAN, Hanya Boleh Jadi Kawan Tapi…’ - Puad

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 42 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad