web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Muhyiddin, Suruhlah Menantu Tu Balik' - Mohd Puad

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 8:19AM

Dr Mohd Puad Zarkashi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Suruhlah menantu balik,"

Itu nasihat diberikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu, Muhyiddin perlu menunjukkan tauladan yang baik dan mengarahkan Muhammad Adlan Berhan kembali ke Malaysia bagi memudahkan siasatan kes rasuah dihadapinya.

"Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN-Best tunjuk tauladan yang baik. Dia masih mahu jadi PM (Perdana Menteri)? Suruhlah menantu balik. Takut apa kalau tidak bersalah.

"Pernahkah anak anak bekas PM melarikan diri," katanya, sinis.

Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu turut mencabar Muhyiddin untuk membuat kenyataan terbuka berhubung kes berkenaan.

"Muhyiddin dicabar buat kenyataan terbuka. Jangan malukan PN-BEST (Perihatin, Bersih, Stabil)," katanya.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Adlan bersama peguam, Mansoor Saat kini dalam senarai Notis Merah Interpol untuk mendapat kerjasama antarabangsa untuk kedua-duanya dibawa pulang ke Malaysia.

Adlan dan Mansoor dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan sebuah projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Kedua-dua mereka sebelum ini menerusi kenyataan melalui peguam turut menafikan melarikan diri daripada undang-undang.

Adlan melalui peguamnya Baljit Singh Sindhu berkata, beliau akan kembali ke Malaysia untuk membantu SPRM dengan sebarang siasatan selepas “unsur ancaman dan penganiayaan dihapuskan”. - Getaran, 29 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga