web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gulingkan Kerajaan Perpaduan Tidak Akan Jadi Mudah – Mohamad 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 5:12PM

Mohamad Hasan (tengah) ketika hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sebarang percubaan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan tidak akan menjadi mudah, memetik undang-undang anti-lompat dan majoriti dua pertiga yang dinikmati pentadbiran Persekutuan ketika ini.

Ia berikutan spekulasi rancangan politik baharu Perikatan Nasional (PN) untuk menggulingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan baharu.

Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan menambah, beliau juga tidak mengetahui sama ada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terlibat dalam rancangan itu, tetapi berkata, sebarang keputusan akhirnya terpulang kepada penggubal undang-undang masing-masing.

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

“Undang-undang anti-lompat sudah berkuat kuasa… anda tidak boleh pergi begitu sahaja dan menyokong parti lain. Itu melanggar undang-undang.

“Anda perlu meletak jawatan, dan apabila anda berbuat demikian, ia akan menjadi agak sukar (untuk memenangi semula kerusi itu). Jadi terpulang kepada mereka.

“Tetapi ia juga patut diberi perhatian bahawa kerajaan hari ini mempunyai 148 kerusi. Ia akan menjadi agak sukar untuk dijatuhkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Mohamad menegaskan, adalah lebih baik semua pihak bekerjasama dalam membantu mengurus negara, demi kepentingan rakyat.

Minggu lalu, The Vibes melaporkan, terdapat rancangan baharu PN untuk menggulingkan Anwar dengan cara memaksa Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, rancangan tersebut sedang digerakkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin besar gabungan lain, dan melibatkan "pemujukan" sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen BN untuk mengosongkan kerusi mereka dan memaksa PRK diadakan, bagi membolehkan mereka bertanding semula di bawah tiket PN.

Tindakan itu juga memerlukan pemujukan parti Sabah dan Sarawak untuk mengalihkan sokongan mereka daripada Anwar.

Semalam, Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman menyiarkan komen di Facebooknya dengan berkata, “Sudah 126. Jika benar, Alhamdulillah” yang menunjukkan sokongan semasa kepada PN.

Dalam catatan berasingan, Dr Muhammad Faiz memuat naik perbualan dengan seorang wartawan yang bertanya kepadanya sama ada pembangkang yakin untuk berkuasa sebelum penggal tamat, dengan menjawab: "Ya, kami (yakin). Insya Allah".

Sementara itu, Mohamad menyatakan sokongan penuh BN yang berterusan terhadap Kerajaan Perpaduan dengan berkata, ia sentiasa menjadi pendirian gabungan itu sejak beberapa tahun lalu untuk memastikan kestabilan politik dapat dikembalikan kepada negara.

“Kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menggugat kestabilan kerajaan, kerana itu adalah janji kami semasa pilihan raya umum, malah pada pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil sebelum ini, kami memerlukan kestabilan untuk kesejahteraan.

“Kita memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil untuk menguruskan negara,” katanya.

Mohamad menambah, gabungan parti dalam kerajaan hari ini bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan keutamaan diberikan kepada pentadbiran negara.

“Kita ketinggalan lima tahun selepas apa yang berlaku berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ini adalah kerajaan yang berfungsi,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan sekarang adalah untuk memastikan semua janji pilihan raya yang dibuat sebelum pilihan raya umum November lalu dapat ditunaikan, dan kongres nasional melibatkan semua parti kerajaan pada 14 Mei diadakan atas sebab itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditanya mengenai hantaran yang dibuat oleh Faiz, berkata: “Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.” —The Vibes, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek