web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenyataan Khalid Bukan Mewakili AMANAH - Ahmad Zahid 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 9:59PM

Ahmad Zahid Hamidi berkata Khalid Abdul Samad sepatutnya bertemu dengannya bagi mendapatkan pencerahan mengenai pendirian UMNO berhubung isu pengampunan terhadap Najib Razak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kenyataan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad mengenai isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pendapat peribadinya dan bukannya pendirian keseluruhan parti berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi AMANAH.

“Saya harap individu itu (Khalid) dapat membezakan pendapat peribadi dengan pendirian parti keseluruhan.

“Bagi saya, beliau harus belajar menghormati rakan-rakan parti lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan,” kata beliau ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria di sini hari ini.

Pada 27 April lepas, Khalid dilaporkan berkata AMANAH merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

Rentetan itu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman dilaporkan berkata UMNO Kelantan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan AMANAH di Kelantan sekiranya Khalid tidak menarik balik kenyataan itu yang menyinggung perasaan ahli UMNO keseluruhannya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Khalid sepatutnya bertemu dengannya bagi mendapatkan pencerahan mengenai pendirian UMNO berhubung isu pengampunan terhadap Najib. 

“Jangan hanya baca apa yang tersurat, lihat apa tersirat, ini penting kerana kita dalam parti pelbagai dalam Kerajaan Perpaduan dapat wujudkan keharmonian," katanya.

Mengenai perkara yang dibangkitkan UMNO Kelantan itu, Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta kepimpinan UMNO negeri supaya menyelesaikan perkara berbangkit secara baik.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang ditemui ketika menghadiri sambutan Aidilfitri itu berkata beliau mewakili parti AMANAH memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid itu. 

“Kadang-kadang kita terlanjur dan tiada malunya untuk kita memohon maaf sekiranya ia melukakan. Elok kita selesaikan dan move forward untuk perpaduan negara dan juga rakyat,” katanya yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad