web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Belum Buat Keputusan Tawaran BERSATU, Terdapat Beberapa Syarat…

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 1:10PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih belum membuat keputusan berhubung tawaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai parti itu dan seterusnya diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris berkata, tawaran tersebut dibuat kepada Khairy oleh Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan pemimpin UMNO yang dipecat itu.

Razali memberitahu Utusan Malaysia bahawa tawaran itu adalah untuk Khairy bertanding atas tiket BERSATU jika mantan Ahli Parlimen Rembau itu masih berminat dengan kerjaya politiknya.

Razali Idris - Gambar dari Parlimen Malaysia
Razali Idris - Gambar dari Parlimen Malaysia

“Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang dikenakan. Beliau mesti menyerahkan borang keahlian BERSATU, dan kerusi yang ditandinginya akan ditentukan oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Beliau perlu bersetuju dengan keputusan parti untuk bertanding di kerusi mana, sama ada di Selangor atau Negeri Sembilan.

“Khairy telah meminta lebih banyak masa sebelum membuat keputusan,” katanya.

Khairy tidak ketandusan tawaran, kerana beliau turut menerima pelawaan daripada pihak lain.

Ketika ini, beliau bertugas sebagai penyampai radio, Penasihat Belia Johor, dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu berkata, parti itu bersedia membuka pintu kepada pemimpin UMNO jika mereka dapat mengukuhkan lagi parti berkenaan.

Selain Khairy, UMNO turut memecat mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan menggantung Ahli Parlimen Sembrong dan bekas Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun. - The Vibes, 21 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar