Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN: Hasil Rundingan Kerusi PH, BN Dijangka Umum Selepas Aidilfitri - Fahmi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 1:33PM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasil rundingan berhubung pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijangka diumumkan selepas Aidilfitri atau sebelum hujung Mei ini.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata pimpinan tertinggi parti politik PH dan BN akan mengumumkan hasil rundingan kerusi itu nanti.

“Saya percaya tidak lama lagi pimpinan akan umumkan hasil rundingan kerusi, tetapi saya jangkakan ia sangat positif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) di sini hari ini.

Bagaimanapun Fahmi berkata maklumat terperinci mengenai rundingan kerusi perlu dirujuk kepada Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atau Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution memaklumkan proses rundingan kerusi DUN telah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang ditetapkan.

Pada 22 Feb lepas, menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun bagi memberi laluan kepada PRN.

Mengenai berita gembira kepada pengguna pelan prabayar, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata beliau masih perlu berbincang dengan beberapa pihak.

“Insya-Allah Isnin atau Selasa. Saya kena hubungi beberapa orang lepas ini untuk minta mereka buat pengumuman itu. Ada beberapa (berita) menarik untuk pengguna pelan pasca bayar,” katanya.

Jumaat lepas, Fahmi memaklumkan beliau akan mengumumkan berita gembira kepada pengguna pelan prabayar.

Pada majlis hari ini, Fahmi mengumumkan PEMANGKIN akan menambah sembilan sektor tumpuan yang telah dikenal pasti oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) termasuk pelancongan digital, pertanian digital dan bandar digital melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion menjelang 2025. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Semasa 3 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

2

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

3

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

4

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

5

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

6

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

"Berangan Boleh, Tapi Siapkan Dulu Projek Untuk Rakyat" - Pesan Mahfuz 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Aktiviti Mencurigakan, Pusat Keagamaan Disiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji