web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: PH, BN Setuju Kerusi Penyandang Kekal Kepada Parti Menang PRU-14

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 7:09AM

Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN kelak, yang diadakan baru-baru ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju semua kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN kelak, yang diadakan baru-baru ini.

“Perbincangan pusingan pertama telah dibuat antara PH dan BN, perbincangan itu bersetuju untuk melibatkan beberapa parameter yang akan memandu ke arah pengagihan kerusi pilihan raya antaranya kerusi penyandang akan kekal untuk parti yang menang pada PRU14.

“Kami menjangkakan pengagihan kerusi akan selesai semuanya sebelum penamaan calon PRN bagi enam negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri MADANI di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan dan pembahagian kerusi membabitkan PH dan BN menjelang PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Dilaporkan enam negeri itu mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Mengulas lanjut, beliau berkata rundingan pembahagian kerusi di peringkat negeri sedang berjalan ketika ini dan ia dibuat berdasarkan keputusan di peringkat sekretariat PH yang disampaikan di negeri terlibat.

“Di Kedah dan Selangor sedang berjalan mesyuarat tersebut, manakala Pulau Pinang dan Negeri Sembilan belum lagi (mesyuarat) namun telah dijadualkan dalam masa terdekat.

“Dua hari lepas saya berada di Terengganu dan saya sampaikan taklimat tatacara rundingan itu, sehari dua lagi saya akan ke Kelantan pula untuk sampaikan taklimat sama,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata jika terdapat parti yang mahu tambahan kerusi dan ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka akan dibawa dan diselesaikan di peringkat pimpinan pusat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan