web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Bukti Kesungguhan Kerajaan Utama Kebajikan Rakyat - Nik Nazmi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 5:34PM

Nik Nazmi berkata, kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan RM300 bagi tempoh tiga bulan untuk golongan berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memberi bantuan kepada 850,000 pekebun kecil getah, nelayan dan pesawah menerusi pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) menunjukkan keprihatinan serta kesungguhan beliau dalam meringankan bebanan mereka.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan RM300 bagi tempoh tiga bulan untuk golongan berkenaan.

Katanya, kerajaan prihatin dengan keadaan kehidupan rakyat yang semakin tertekan, justeru bantuan terbabit diharapkan dapat meringankan beban penerima.

“BKKA berjumlah RM200 ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam mengutamakan kebajikan pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

“Ia sekali gus membantu meringankan beban mereka dengan peruntukkan sebanyak RM170 juta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini, hari ini dilaporkan berkata, kerajaan akan menyalurkan BKKA itu pada 17 April ini.

Menurutnya, bantuan berkenaan turut disalurkan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, termasuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis serta bomba dengan jumlah penerima keseluruhannya adalah 3.5 juta.

Ahmad berkata, ia membabitkan peruntukan RM1.572 bilion.

“Ini adalah bukti kerajaan prihatin dan sentiasa ingin membantu semua pihak dalam meringankan beban,” katanya.

Pada 29 Mac lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023, antaranya membabitkan bantuan Aidilfitri.

“Memandangkan keadaan hidup rakyat ini masih terasa, saya teliti mana kohort yang tidak peroleh manfaat sebelum ini, masih ada masalah terutama pada Ramadan dan Aidilfitri.

“Maka saya bersetuju salurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200 lagi, tambahan (kepada) apa yang sudah diumumkan. Hal ini akan menelan belanja RM170 juta ringgit,” katanya.

Anwar berkata, penambahan tersebut adalah bantuan terbesar yang pernah diberikan kerajaan kepada pekebun kecil  getah, pesawah dan nelayan.

“Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah untuk tempoh tiga bulan semusim.

“Kerajaan turut menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah,” katanya. - Getaran, 6 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam