web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teruskan Perjuangan ABATA, Ahli UMNO Perlu Istiqamah Gembleng Tenaga - Wan Rosdy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 9:15PM

Wan Rosdy berkata semua ahli perlu mengukuhkan kembali persaudaraan dan memberikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti agar UMNO mampu bangkit menjadi sebuah parti yang kuat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua ahli UMNO diminta istiqamah dalam menggembleng tenaga bagi memastikan perjuangan parti itu dapat diteruskan demi agama, bangsa dan tanah air.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU-15) November lalu menuntut semua ahli merapatkan semula saf perjuangan.

“Mereka perlu mengukuhkan kembali persaudaraan dan memberikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti agar UMNO mampu bangkit menjadi sebuah parti yang kuat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, pengalaman dimilikinya dalam mentadbir kerajaan negeri dan parti akan digunakan sebaik mungkin untuk membina semula kekuatan UMNO.

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail

Mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilihnya untuk menyandang jawatan ketiga tertinggi parti itu, Wan Rosdy berkata, kejayaan tersebut tidak dapat dicapai tanpa bantuan semua pihak, khususnya jentera berkempen miliknya yang berhempas pulas sepanjang dua minggu lalu.

“Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan takdirnya saya dipilih sebagai Naib Presiden UMNO Sesi 2023-2026 pada Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang berlangsung serentak seluruh negara pada 18 Mac 2023.

“Saya akan gunakan semua pengalaman dimiliki bagi memastikan parti keramat ini kembali bangkit dan kekal relevan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, terutamanya bagi menghadapi PRU-16 nanti,” katanya.

Mengakui mandat sebagai Naib Presiden itu membawa bersama tanggungjawab yang berat, Wan Rosdy memberitahu, portfolio berkenaan adalah platform beliau untuk membantu Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan jentera kepimpinan UMNO.

“Kejayaan (memenangi jawatan Naib Presiden) ini merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar untuk saya membantu Presiden, Timbalan Presiden serta seluruh kepimpinan UMNO, terutamanya dalam keadaan parti yang cukup getir ketika ini.

“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” katanya.

Pemilihan UMNO 2023 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Wan Rosdy muncul sebagai pendahulu jawatan Naib Presiden, dengan dua lagi kerusi diisi oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Wan Rosdy menerima 127 undi manakala Khaled dan Johari masing-masing meraih 116 serta 110 undi. - Getaran, 20 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar