web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Rasmi: Wan Rosdy, Khaled, Johari Top 3 Naib Presiden UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 11:46PM

Dari kiri Wan Rosdy Wan Ismail, Mohamed Khaled Nordin dan Johari Abdul Ghani. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi sesi 2023-2026.

Menurut keputusan tidak rasmi Pemilihan UMNO 2023 peringkat bahagian dan pusat yang dipaparkan menerusi Facebook UMNO Online setakat pukul 11.30 malam, ketiga-tiga mereka jauh meninggalkan lima calon lain.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berjaya memperoleh undi daripada 86 bahagian,  Mohamed Khaled (78 bahagian) manakala Johari mendapat undi daripada 68 bahagian.

Lima lagi yang bertanding termasuk Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hasni Mohamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Dr Mohd Yusof Musa.

Mohamed Khaled yang juga penyandang sebelum ini masih kekal dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, manakala dua lagi jawatan disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir sebelum ini, diisi Wan Rosdy serta Johari.

Wan Rosdy dan Johari bertanding jawatan tersebut buat kali pertama.

Keputusan pemilihan UMNO dipamerkan di Menara Dato Onn. - Gambar oleh Syeda Imran
Keputusan pemilihan UMNO dipamerkan di Menara Dato Onn. - Gambar oleh Syeda Imran

Azalina yang juga calon tunggal wanita dalam pemilihan itu gagal mendapat tempat tiga teratas.

Ahli Parlimen Pengerang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu mendapat tempat keempat apabila menerima undi daripada 44 bahagian.

Beliau bagaimanapun berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang pada pemilihan kali ini.

Naib presiden UMNO adalah jawatan nombor tiga dalam UMNO dan bertindak sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam mesyuarat Biro Politik bersama Presiden dan Timbalan Presiden.

Keputusan itu kemudiannya dibawa dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebagai keputusan tetap parti, iaitu badan tertinggi dalam membuat dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU). – Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad