web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undi Bahagian Pontian Dikira Semula Susulan Hasni Didakwa Tewas?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 8:31PM

Ahmad Maslan (kiri) dan Hasni Mohamad menunjukkan kertas undi yang diterimanya bagi proses mengundi pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan, Pontian hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suasana proses pemilihan UMNO Bahagian Pontian ketika ini ‘hangat’ apabila pengundian bagi calon Ketua UMNO Bahagian itu dikatakan sedang dikira semula.

Ia susulan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad, didakwa tewas di tangan pencabarnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, seperti dilaporkan BH.

Sumber Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023 ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan, proses kiraan semula undi berkenaan dibuat atas permintaan seorang daripada calon yang bertanding bagi jawatan berkenaan.

Hasni yang juga mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu, menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 22 tahun lalu.

Manakala, Ahmad sebelum ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Cabaran itu membuatkan pemilihan di Bahagian UMNO Pontian adalah antara kerusi panas pada pemilihan UMNO kali ini.

Terdahulu, pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lalu.

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad

Keputusan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO dimenangi penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, manakala Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, masing-masing menjadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Mohamad Akmal Saleh serta Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Menurut laporan, pemilihan kali ini membabitkan lebih 100,000 perwakilan membabitkan 189 bahagian UMNO seluruh negara yang melaksanakan tanggungjawab menentukan kepimpinan peringkat bahagian, MKT dan Naib Presiden UMNO, bermula jam 9 pagi tadi. - Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad