web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kongres Nasional Khas PKR Fokus Persiapan Hadapi PRN, Tumpu Ucapan Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 2:33PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kongres Nasional Khas PKR pada Sabtu ini akan memberi tumpuan khusus kepada persediaan pimpinan dan anggota parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, antara kemuncak kongres sehari di Shah Alam, Selangor dengan tema ‘Malaysia Madani Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ itu adalah ucapan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang julung kali menyampaikannya sebagai pemimpin nombor satu negara. 

“Kedua, adalah ucapan presiden sudah tentu ada perbezaan. Kalau dahulu sebagai mewakili suara pembangkang. Kali ini, ucapannya sudah tentu penting kerana beliau akan ikut menggariskan apakah dasar khususnya dasar parti, reformasi, tata kelola, perubahan institusi dan keadilan pengagihan kepada rakyat, yang sememangnya sinonim dengan perjuangan PKR. 

“Kali ini ucapan akan berupa ucapan pelaksanaan bukan lagi desakan, bukan lagi teguran dan bukan bersifat kritikan kerana beliau sekarang sudah menjawat kerusi nombor satu (negara). Ia lebih kepada pelaksanaan sebuah idealisme,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, komponen seterusnya pada kongres berkenaan adalah satu siri perbahasan yang akan diwakili pembahas negeri serta sayap, termasuk daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita.  

Perbahasan tersebut, katanya, akan mengupas pelbagai sudut pandang merangkumi ekonomi, hubungan kaum dan agama.  

Namun begitu, ujar beliau, tema besarnya adalah bagaimana hendak menjuruskan kesemua intipati perbahasan berkenaan kepada ucapan yang menjadi ‘prelude’ terhadap persiapan PRN.  

“Ketiga, sewaktu penggulungan perbahasan pada sebelah petang, ia akan melengkapkan kongres sehari PKR Sabtu ini.  

“Saya percaya pimpinan parti juga sekarang bukan sahaja menduduki sebagai anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), tetapi turut berada dalam Kerajaan Perpaduan gabungan 19 parti politik,” katanya.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, ia bermaksud kongres terbabit akan dijadikan platform bagi pimpinan parti, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, meletakkan garis besar mengenai isu penting, antanya meliputi PRN.  

Katanya, ia membabitkan sekurang-kurangnya tiga perkara, iaitu pertama, berkaitan hala tuju perundingan kerusi.  

“Ini sebab ia berbeza daripada pilihan raya umum lepas. Kali ini pada PRN di enam negeri semua parti Kerajaan Perpaduan berunding. Akan ada satu garis besar yang menjadi hala tuju bagi formula rundingan.  

“Selain itu, ia melibatkan elemen pemantauan pelaksanaan dasar kerajaan. Kita ada jawatankuasa di bawah Kerajaan Perpaduan. Dan ketiga adalah mobilisasi dan komunikasi. Itu jadi kerangka tumpuan peringkat Kerajaan Perpaduan,” katanya.  

Sementara itu, tambahnya, PH akan memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi gabungan.  

“Kongres turut akan menjadi platform mengangkat syor untuk menjadi perhatian PH dan Kerajaan Perpaduan,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad