web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Menang Exco Puteri, Reezal Merican Luah Gembira, Pesan Ikhlaskan Diri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 9:12PM

Reezal Merican (kanan) merakamkan tahniah kepada Reena Awliyatul Imani yang berjaya meraih jawatan Exco Puteri UMNO. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan Reena Awliyatul Imani Reezal Merican meraih jawatan Exco Puteri UMNO, bukan sahaja menjadi momen indah buat beliau, malah turut menggembirakan bapanya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menerusi catatan di Facebook, calon Naib Presiden UMNO itu menyifatkan, pencapaian terbabit menjadi lebih membanggakan kerana Reena Awliyatul Imani sendiri mahu bersama-sama dalam perjuangan parti berkenaan.

“Alhamdulillah. Tahniah buat anakanda, Reena Awliyatul Imani yang dipilih sebagai Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bagi penggal 2023-2026.

“Tak tergambar rasa gembira sebenarnya apabila puteri sulungku berjaya dalam pemilihan ini. Dan lebih bangga lagi, Awliya (Reena Awliyatul Imani) memilih sendiri untuk bersama-sama dalam perjuangan parti yang banyak jasanya ini,” katanya.

Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, beliau gembira kerana anaknya mampu meraih pencapaian dan kejayaan sendiri, tanpa ‘menggunakan’ namanya atau ‘dipromosi bapa’.

“Sungguhpun saya sendiri tidak berkesempatan untuk ‘kempen’ dan ‘promosi’ Awliya sebagai calon dalam pemilihan kali ini, terbukti Awliya mampu membawa nama serta imej tersendiri dalam meniti tangga kepimpinan parti tercinta ini,” ujarnya.

Di catatan sama, Reezal Merican memberi nasihat kepada anaknya itu supaya mengikhlaskan diri untuk berkhidmat demi mencapai kejayaan.

“Pesan saya kepada Awliya, ikhlaskan diri untuk berkhidmat dan kita mula dari bawah. Dari situlah kita bina kekuatan untuk terus jadikan parti ini terus disegani.

“Doa saya bukan sahaja buat Awliya, malah seluruh kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia agar diberi kesejahteraan dalam berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa,” katanya.

Pada pemilihan Puteri UMNO kelmarin, Reena Awliyatul Imani antara 20 pemenang bagi Exco sayap parti itu.

Manakala 19 Exco lain adalah Nurul Syifaa Mohd Ridzwan Goh, Juliana Engku Mokhtar, Nooryana Najib, Nik Zakirah Farhanis Zakimi, Nurfazreen Elyana Muhamad Zailan, Shaninah Sani, Shahril Shamshunilani Mohd Shariff, Norshaidatul Akhmar Sharuddin dan Haryani Sukarman.

Pemenang lain adalah Hasnor Hafiza Husin, Dayang Nurfazlin Nordin, Nor Zakiah Azmi, Nur Sabrina Sukardi, Raja Sarah Raja Petra, Nurdiyana Musfirah Hadhri, Nor Akmal Mohamad, Nadhirah Afiqah Abdul Rahim, Nur Arina Kamaruzaman dan Wan Nurulhuda Wan Ikmal Hisham. – Getaran, 13 Mac 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar