Berita Terkini

2 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 3 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 3 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 3 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 3 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Gelaran ‘Tan Sri’ Abdul Hadi Wajar Ditarik - Pemuda AMANAH

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 7:00AM

Abdul Hadi dikatakan berkali-kali tidak menghormati titah baginda dan Raja-raja Melayu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramalan dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan perpaduan akan tumbang dalam tempoh terdekat, terus menerima kecaman.

Malah kenyataan tersebut dianggap biadap apabila beliau mendakwa, pembentukan pentadbiran itu walaupun selaras titah Yang di-Pertuan Agong, ia bukan penghalang situasi berkenaan berlaku.

Terbaharu, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) memohon pertimbangan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menarik semula gelaran ‘Tan Sri’ yang dianugerahkan kepada Abdul Hadi pada 2021.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Abbas Azmi berkata, ia kerana tindakan Abdul Hadi itu tidak menghormati titah baginda dan Raja-raja Melayu.

“Tindakan Abdul Hadi ini tidak boleh dibiarkan. Banyak kali Tuanku menitahkan bermula daripada penubuhan kerajaan supaya kita bersama mempertahan kerajaan dan memulihkan keadaan negara,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata demikian kepada media ketika menyerahkan Memorandum Kebiadapan Ahli Parlimen Marang itu di Istana Negara, semalam.  

Abbas berkata, Abdul Hadi sepatutnya bersama-sama membina negara demi kepentingan rakyat, bukan ‘gila kuasa’ dan mahu menjatuhkan kerajaan sebagai ahli politik senior dan berimejkan Islam.  

Ujarnya, institusi raja-raja dan Agong adalah payung rakyat yang dijunjung, justeru pihaknya mahukan tindakan segera dikenakan kepada mereka yang mahu mengganggu gugat kestabilan negara.

Pada masa sama, Abbas dilaporkan berkata, pihaknya akan menggerakkan jelajah di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak untuk menyedarkan rakyat jika Abdul Hadi masih meneruskan tindakan biadap terbabit.  

“Kebiadapan ini tidak boleh diteruskan dan perlu diberhentikan. Kita akan memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai tindakan ahli politik PN yang tidak menghormati undang-undang negara kita,” katanya.

Pada 1 Mac lalu, Abdul Hadi dilapor meramalkan kerajaan perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut bagaimana kejatuhan berkenaan akan berlaku.

Menurutnya, pembangkang tidak harus dipersalahkan jika kerajaan tumbang sekali lagi dengan cara sama seperti perpecahan dialami Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2020.

Sebaliknya, beliau berkata, ia berpunca daripada kekurangan dan kelemahan kerajaan sendiri.

Malah, Abdul Hadi mempertahankan kenyataannya itu selaras dengan hak demokrasi pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan dengan mendakwa titah Yang di-Pertuan Agong untuk kerajaan perpaduan dibentuk, bukan penghalang kepada usaha berkenaan.

Ketika diasak pemberita di bangunan Parlimen sama ada PN sedang merangka strategi untuk merampas kuasa pentadbiran kerajaan, beliau menegaskan langkah sedemikian adalah ‘normal’ dalam kalangan blok pembangkang di negara demokrasi.

Malah, beliau berkata, ‘tidak mustahil’ pentadbiran Anwar akan tumbang kerana terdapat ‘tanda tidak puas hati’ dalam kalangan pelbagai komposisi Kerajaan Perpaduan.

Katanya, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mengumumkan peletakan jawatan mereka untuk kekal dalam blok pembangkang, boleh ‘mengubah kedudukannya’ kerana keadaan ‘dinamik’ politik.

Terdahulu, Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kenyataan Abdul Hadi itu bukan sahaja boleh menggusarkan rakyat, malah menakutkan pelabur untuk datang ke Malaysia.

Mengakui kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Marang itu, beliau menegaskan, di antara syarat pelabur untuk berbelanja dan mengeluarkan pelaburan mereka adalah kesejahteraan, keamanan serta kestabilan dimiliki sesebuah negara, sebelum sanggup mengeluarkan dana besar untuk melabur. - Getaran, 9 Mac 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Arif Aiman, Dos Santos Dilepaskan Akibat Kecederaan

Semasa 1 hari yang lalu

Pelantikan 28 Panel Pakar Beri Nilai Tambah Pada Inisiatif Dan Ikhtiar KPKT

Semasa 1 hari yang lalu

APMM Kelantan Tahan 4 Bot, 31 Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

Semasa 3 jam yang lalu

Aplikasi KitaJaga Bantu Rakyat Semak Harga Barang, Beli Secara Bijak - Rafizi

oleh Farhana Farush