web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: Calon Usah Terpengaruh Kumpulan Cuba Gugat Kerajaan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 9:05AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli UMNO, termasuk calon yang bertanding dalam pemilihan parti, terutama bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mahu menggugat kerajaan semasa.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau juga tidak mahu ada dalam kalangan calon pada pemilihan parti itu yang bertindak mendukung parti lain dan mengenepikan perjuangan UMNO.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau berharap mereka yang telah mencalonkan diri adalah terdiri daripada yang benar-benar komited untuk memperkasakan UMNO di semua peringkat terutamanya di peringkat nasional.

Berucap pada sesi pengenalan calon bertanding pemilihan UMNO di sini malam tadi, beliau berkata calon juga diingatkan supaya patuh kepada peraturan pemilihan, kerana setakat ini didapati ada calon yang telah hilang kelayakan sebelum tiba hari pemilihan.

Menurutnya Jawatankuasa Pemilihan mempunyai hak untuk membatalkan kemenangan, dan ahli UMNO diharap memahami peraturan yang telah ditetapkan.

Sementara itu ketika ditemui pemberita Ahmad Zahid berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan keabsahan kepada Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang membawa usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Beliau berkata ia adalah kerana Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin telah mengikuti semua peraturan yang termaktub dalam peraturan mesyuarat perhimpunan itu dan usul juga mengikut perlembagaan parti.

"Tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) adalah untuk menjaga kepentingan ahli mana-mana badan yang berdaftar dengan RoS, dan kepentingan ahli itu mengikut sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan.

“Maka dalam hal ini kuasa menteri adalah kuasa muktamad untuk menentukan keabsahan Perhimpunan Agung UMNO 2022," katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata KDN memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini. 

Saifuddin Nasution berkata pihaknya telah merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO mengenai usul tambahan itu dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad