web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jika Surat RoS Betul, Maknanya Usul Tambahan PAU 2022 Tidak Sah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 3:59PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keabsahan surat yang tular hari ini mengenai keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Menurut Khairy, jika surat itu benar, ini bermakna usul dibawa perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin ketika PAU, Januari lalu adalah tidak sah.

Mohd Shukri Samsudin - Gambar dari UMNO Online
Mohd Shukri Samsudin - Gambar dari UMNO Online

“Jika surat ini betul, usul PAU UMNO yang dibawa oleh UMNO Rembau (bahagian Datuk Seri Mohamad Hasan) untuk melindungi Presiden dan Timbalan Presiden dari pertandingan adalah tidak sah.

“Tetapi tindakan tidak sah ini mendapat pengecualian daripada Menteri Dalam Negeri,” katanya menerusi InstaStory beliau, hari ini.

Awal hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta 832.

"Kementerian telah meneliti mengenai ketetapan yang telah dibuat oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO pada 3 Mei lalu.

"Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, kementerian (KDN) berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO yang akan datang,” katanya menerusi kenyataan ringkas dua perenggan yang turut dimuat naik di Facebook.

Seksyen 13 akta itu adalah berkaitan pembatalan dan penggantungan sesebuah pertubuhan.

Menurut Seksyen 70 akta itu pula, menteri boleh menggunakan budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan bawahnya.

Terdahulu, tular satu surat mendakwa keputusan agar dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan datang adalah tidak sah.

Surat dengan kepala surat (letterhead) RoS itu didakwa diutuskan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 2 Mac lalu.

Surat berkenaan memaklumkan, RoS telah meneliti secara terperinci permohonan pindaan Usul Tambahan (Usul Kelapan) ke atas Usul Ucapan Dasar Presiden UMNO pada PAU 2022 yang menetapkan dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan, dengan mengambil kira dasar UMNO yang berkuat kuasa.

Menurutnya, berdasarkan semakan maklumat dan dokumentasi yang dikemukakan bersama surat bertarikh 27 Januari, 2 Februari dan 14 Februari lalu, jabatan itu mendapati usul tambahan tersebut adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan di bawah Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

“Justeru, dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] maka, keputusan usul tambahan Ucapan Dasar Presiden di PAU 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan parti akan datang adalah tidak sah.

“Sehubungan itu, UMNO hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 9.3 dalam pelaksanaan Pemilihan Majlis Tertinggi parti,” katanya. – Getaran, 7 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran