web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usul Lulus Kosong Kerusi 4 ADUN Bukti Pencabulan Undang-Undang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 7:08AM

Hamzah Zainuddin berkata, tindakan DUN Pulau Pinang itu pada hakikatnya, tidak menghormati lunas demokrasi serta dilihat sebagai satu pencabulan undang-undang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggunakan Artikel 14A Perlembagaan Pulau Pinang untuk meluluskan usul mengosongkan kerusi empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), disifatkan penyalahgunaan kuasa dan jelas bermotif politik.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan DUN Pulau Pinang itu juga pada hakikatnya, tidak menghormati lunas demokrasi serta dilihat sebagai satu pencabulan undang-undang.

Katanya, ia menunjukkan hak demokrasi rakyat dan pengundi sudah dinafikan. Ini adalah suatu rampasan kuasa pengundi oleh DUN Pulau Pinang dengan berselindung di sebalik undang-undang.

“Tindakan terhadap Khalid Mahtab Ishaq (Bertam), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) adalah satu penyalahgunaan kuasa dan jelas bermotif politik.

“Ini terutamanya melibatkan Khalid Mahtab dan Zolkifly yang tidak pernah melakukan apa-apa perkara boleh menyebabkan kerusi mereka perlu dikosongkan di bawah Artikel 14A.

“Kedua-dua ADUN BERSATU ini tidak pernah pada bila-bila masa, meletak jawatan atau dipecat daripada BERSATU atau menyertai parti politik lain. Mereka kekal sebagai ahli BERSATU sehingga kini,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook.

Hamzah berkata, walaupun BERSATU menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan keempat-empat ADUN terbabit, pihaknya dinasihatkan dan mempercayai bahawa institusi kehakiman itu terkhilaf dalam menafsirkan pemakaian Artikel 14A ke atas mereka.

“(Justeru) BERSATU sudah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, DUN Pulau Pinang hari ini meluluskan usul pengisytiharan kekosongan empat kerusi diwakili ADUN terbabit di bawah Fasal 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Keputusan itu disahkan Speaker, Datuk Law Choo Kiang selepas sesi perbahasan daripada semua ADUN yang mengambil bahagian.

Ia menyaksikan sokongan majoriti ADUN yang sebulat suara bersetuju meluluskan usul terbabit.

Susulan sokongan itu, Choo Kiang meluluskan usul itu menerusi undian suara selepas ADUN yang mengatakan persetujuan kedengaran lebih ramai, berbanding menolak. – Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 3 bulan yang lalu

Krisis BERSATU: Hamzah Zainudin Dipecat, Boleh Merayu Dalam Tempoh 14 Hari

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad