Berita Terkini

38 minit yang lalu: PM Anwar yakin prospek pertumbuhan jangka sederhana hingga jangka panjang Malaysia akan kekal baik 38 minit yang lalu: Malaysia akan terus bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kerjasama sedia ada dalam BRI, memperluas bidang pertumbuhan baharu - PM Anwar 59 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 1 jam yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 1 jam yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


UMNO Sedia Dedah Surat Kelulusan RoS - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 6:47PM

Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Setiausaha Agung parti untuk berbuat demikian untuk makluman kepada semua ahli. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - UMNO akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti itu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan tahun ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan meminta Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan berbuat demikian untuk makluman kepada semua ahli.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata penerbitan surat tersebut diharap dapat menamatkan polemik berkaitan usul yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Januari lepas.

“Itu satu tanda noktah bahawa Perhimpunan Agung UMNO adalah badan tertinggi UMNO dan peraturan-peraturan telah diikuti, Perlembagaan juga dipatuhi maka noktah ini adalah penamat dan kita tutup buku untuk mempolemikkan apa-apa isu mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO 2023-2026 peringkat Kedah dan Perlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Hasan.

Semalam, beliau memaklumkan UMNO telah menerima surat daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai keputusan RoS pada Jumaat.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor meminta Ahmad Zahid menunjukkan surat daripada RoS berikutan polemik status usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Terdahulu, ketika berucap, Ahmad Zahid meminta kepimpinan UMNO agar tidak cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan parti itu terus relevan dan kuat supaya diterima semula oleh masyarakat terutama menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri.

“Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan MADANI perlu dipertahan manakala semua yang akan memimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri perlu berada dalam satu pasukan bagi memastikan kita tidak tergugat.

“Kita tidak mahu ada elemen luar masuk kerana terdapat beberapa perancangan yang ingin menggugat dan menjatuhkan kepimpinan serta kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau turut mengingatkan perwakilan yang mengundi pada pemilihan parti agar memilih calon yang boleh memperkukuh UMNO dan tidak mempunyai agenda untuk mewujudkan kabilah berlainan dalam parti.

“Kita meraikan kepelbagaian pendapat tetapi parti tidak lagi mampu mempunyai kabilah-kabilah yang berbeza atas tujuan yang berbeza,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam Meninggal Dunia

2

Semasa 6 jam yang lalu

Ahmad Zahid Imbas Kenangan Menuntut Di Sekolah Izzudin Shah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Ketua Menteri Melaka Baharu Angkat Sumpah Hari Ini

4

Politik 2 hari yang lalu

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan AlBukhary: Wan Fayhsal Bersorak Selepas Disahkan Beliau Tidak Buat Laporan Polis

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Pekeliling Larang MB Kedah Hadir Acara Kerajaan Persekutuan - Ahmad Zahid

Semasa 19 jam yang lalu

Emilia Tarik Balik Kes, SM Faisal Dilepas Dan Dibebaskan

Politik 1 hari yang lalu

‘Mungkin YB Jai Lupa Pernah Jadi Sebahagian Kerajaan Tebuk Atap’ - Dr Akmal

oleh Farhana Farush