web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Maslan Tak Tanding Naib Presiden UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 3:08PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti kali ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pontian itu menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Jelasnya, keputusan itu diambil bagi mengelakkan undian perwakilan terhadap jawatan Naib Presiden pecah, memandangkan UMNO Johor sudah mempunyai tiga calon yang menawarkan diri.

"Kalau dari segi kelayakan dan pengalaman, saya memang sudah lama dalam UMNO dan pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO serta sudah meninjau kesemua 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

"Namun, saya tidak perlu menjadi seorang lagi calon Naib Presiden dari Johor. Apabila sudah terlalu ramai calon ia akan memecahkan undi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, keputusan tersebut juga diambil berikutan negeri lain hanya menghantar seorang calon sahaja untuk jawatan tersebut.

"Perwakilan akan lihat siapa wakil daripada negeri yang hendak mereka pilih. Pihak di luar sana juga akan fikir mengapa ramai sangat, sedangkan negeri-negeri lain hanya hantar seorang sahaja calon,” katanya.

Mohamed Khaled Nordin antara yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. - Gambar fail
Mohamed Khaled Nordin antara yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. - Gambar fail

Setakat ini, UMNO Johor menampilkan tiga tokoh politik yang menawarkan diri bertanding ke jawatan Naib Presiden iaitu Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Selain tiga calon dari Johor, jawatan Naib Presiden UMNO turut ditandingi oleh Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Mohamed Khaled dan Mahdzir adalah penyandang jawatan tersebut.

Seorang lagi penyandang jawatan iaitu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum mengesahkan diri sama ada mahu mempertahankan jawatan itu atau sebaliknya. - Getaran, 26 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad