web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Terima Peletakan Jawatan Wan Saiful - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 4:37PM

Muhyiddin Yassin menerima keputusan Ketua Penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan untuk meletakkan jawatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima keputusan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk meletakkan jawatan.

Beliau seperti dipetik portal Free Malaysia Today berkata, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini.

Serentak dengan itu katanya, parti terbabit akan melantik Ketua Penerangan baharu pada kadar segera. 

“Saya bertemu dengan beliau (Wan Saiful) pagi tadi dan bersetuju menerima peletakan jawatan itu,” katanya.

Wan Saiful mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu semalam berdepan dua pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.9 juta untuk projek pembinaan jalan bernilai RM232 juta yang memiliki kaitan dengan program Jana Wibawa.

Beliau mengaku tidak bersalah untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan dan meminta dibicarakan.

Wan Saiful mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini - Gambar Fail Jabatan Penerangan
Wan Saiful mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini - Gambar Fail Jabatan Penerangan

Dalam sidang media terbabit, Wan Saiful dipetik sebagai berkata, keputusan meletakkan jawatan itu adalah demi membuktikan pendirian Perikatan Nasional (PN) dalam aspek integriti dan perjuangan mereka menentang rasuah.

“Saya bagaimanapun akan terus membantu parti, khususnya bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

“Semua pertuduhan dikenakan ke atas saya ialah pendakwaan politik yang sengaja dirancang untuk memusnahkan BERSATU dan PN,” katanya.

Turut dihadapkan ke mahkamah ialah Timbalan Ketua  BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad yang berdepan pendakwaan kedua di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi.

Beliau hari ini didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM4 juta untuk program Jana Wibawa.

Adam Radlan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini.

Tertuduh yang juga seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun itu didakwa menerima suapan berjumlah RM2 juta daripada Lim Tan Chuan, sebagai ganjaran untuk membantu Nepturis Sdn Bhd memperoleh Projek Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara bernilai RM141 juta daripada kerajaan. 

Untuk pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah bernilai RM2.1 juta yang diberikan seorang Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd kerana membantu mereka memperoleh projek pembinaan Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan.

Projek tersebut secara keseluruhan bernilai RM47.8 juta. - Getaran, 22 Februari 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Tegas Tidak Letak Jawatan, Tekad Pacu Pembangunan Negara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad