web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 ADUN UMNO Keluar Parti, Sertai Gagasan Rakyat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 6:39PM

Dr Yusof antara lima ADUN UMNO yang mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Mereka terdiri daripada ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arshad Bistari (Tempasuk), dan Datuk Hamild Hamid Awang (Balung).

Kelima-lima mereka menyertai Gagasan Rakyat yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah.

Menurut Dr Yusof, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira hala tuju politik, selain perlunya sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil, bersatu padu untuk mencapai pembangunan serta kemajuan negeri.

“Kami menyedari pemimpin Sabah perlu bersatu di bawah satu parti tempatan untuk terus memperjuangkan hak rakyat dan melaksanakan apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Selain itu, kami turut menginsafi perpecahan dan sengketa berpanjangan telah membantutkan ekonomi negeri ini.

“Kami percaya kestabilan politik adalah kunci utama keyakinan pelabur tempatan dan luar untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Kota Kinabalu hari ini seperti dilaporkan Astro Awani.  

Mengulas lanjut, Dr Yusof berkata, beliau bersama sembilan lagi ADUN dan pemimpin dari pelbagai latar belakang turut mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan yang dipimpin beliau.

“Kami memberi sokongan sebulat suara kepada Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Hajiji sebelum ini mengumumkan barisan Kabinet negeri baharu yang menyaksikan pengguguran ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Moktar yang sebelum ini menyandang portfolio Timbalan Ketua Menteri l dan Menteri Kerja Raya baru-baru ini, mengumumkan menarik sokongan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Barisan Kabinet baharu negeri itu turut disertai ADUN Pakatan Harapan iaitu ADUN Api-api, Datuk Christina Liew sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, sementara ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe diumum sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 8 bulan yang lalu

DUN Sabah Bubar, Hajiji Yakin Pengundi Bijak Memilih Untuk PRN-17 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja