web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Dipelawa Sertai PUTRA, Jadi Penasihat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 9:00AM

Dr Mahathir baru-baru ini keluar daripada parti PEJUANG. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad dipelawa menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) serta menjadi penasihat parti itu dan kini negarawan itu sedang memikirkan tawaran berkenaan dengan mendalam.

Menurut Dr Mahathir, Presiden PUTRA Datuk Ibrahim Ali telah mempelawa beliau untuk menyertai parti berusia empat tahun itu selepas Ahli Dewan Tertinggi PUTRA yang bermesyuarat hari ini bersetuju menjadikan beliau sebagai sebahagian daripada ‘keluarga’ PUTRA.

“Setakat ini, saya tak nampak sebab yang saya tidak boleh terima untuk sertai PUTRA tetapi saya selalu beri masa kepada saya untuk memikir dengan mendalam sebelum buat keputusan.

“Jemputan untuk saya sertai parti PUTRA sesuai dengan perjuangan saya. Saya akan meneliti sama ada sesuai atau tidak dengan saya, kalau sesuai saya akan buat permohonan untuk menjadi ahli, kemudian kalau nak bagi saya jadi penasihat, bolehlah saya jadi penasihat,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Dr Mahathir baru-baru ini keluar daripada parti PEJUANG yang diasaskannya dan ia dimaklumkan dalam satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah ekoran tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Sementara itu, Ibrahim berkata keputusan PUTRA menjadikan Dr Mahathir sebagai penasihat dan jemputan sebagai ahli parti adalah atas pengalaman luas beliau dalam arena politik selain tekad memperjuangkan nasib kaum Melayu di negara ini.

“PUTRA yakin Tun Dr Mahathir boleh sumbang pelbagai buah fikiran dan idea serta strategi untuk sama-sama menggerakkan parti PUTRA, khususnya menggerakkan perjuangan bangsa,” katanya yang turut menyerahkan borang keahlian, surat pelantikan penasihat dan surat jawapan kepada Dr Mahathir. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad