web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaftaran Pemilihan UMNO Dijangka Rancak Menjelang Hujung Minggu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 8:51PM

Shahrir Abdul Samad menasihatkan mereka yang berhasrat bertanding jawatan parti, mematuhi tataetika pemilihan ditetapkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sambutan kepada pendaftaran pemilihan UMNO 2023 yang bermula semalam di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn di sini, dijangka bertambah rancak menjelang hujung minggu ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menasihatkan mereka yang berhasrat bertanding jawatan parti, mematuhi tataetika pemilihan ditetapkan.

“Pendaftaran calon di peringkat Pusat sudah bermula pagi hari ini.

“Belum ramai lagi yang berdaftar tapi dijangka pendaftaran bertambah rancak menjelang hujung minggu. Lagipun tempoh pendaftaran berakhir 26 Februari ini,” katanya menerusi kenyataan.

Shahrir menegaskan, pihak JPU akan menjamin kewibawaan proses pemilihan agar kepimpinan tertinggi parti yang berwibawa dapat dilahirkan kelak.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, bersetuju melantik Shahrir sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU 2023) dan Datuk Mustapha Yaakub sebagai Setiausaha JPU 2023.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh pendaftaran bagi calon untuk pertandingan di Bahagian serta Pusat bermula semalam dan ditutup 26 Februari ini, jam 5 petang.

Pemilihan kali ini menjadi tumpuan ramai, susulan prestasi merosot UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selain penyertaannya dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu parti politik seterunya.

Malah, isu dua jawatan tertinggi UMNO, Presiden dan Timbalan Presiden yang tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini, hangat diperkatakan serta menerima kritikan beberapa pihak. - Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad