web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Hilang Sepuluh, 1,000 Mari Sertai BERSATU Sabah’ – Wan Ahmad Fayhsal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 8:44PM

Wan Ahmad Fayhsal (tengah) bergambar bersama ARMADA Sabah. - Gambar dari Facebook Wan Ahmad Fayhsal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, golongan muda di Sabah tetap setia bersama parti itu kerana mereka meyakini perjuangannya dan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, ia terbukti apabila lebih ramai golongan muda menyertai BERSATU di negeri berkenaan, meskipun parti terbabit kini pembangkang.

“Hilang sepuluh, 1,000 yang datang. Rupanya lebih ramai bakat hebat dalam Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah! Kali ini kesetiaan dan iltizam mereka diuji! 

“Biarpun kami kini adalah pembangkang, mereka tetap setia bersama parti kerana mereka yakin dengan perjuangan BERSATU dan PN. BERSATU dan PN tetap sebuah kuasa yang dipandang tinggi,” katanya menerusi kenyataan. 

Wan Ahmad Fayhsal menegaskan, perkara itu juga dapat dibuktikan apabila biarpun Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee disabotaj, beliau tetap menang di Beluran apabila bertanding menggunakan logo PN.  

“Tahniah dan syabas kepada semua Ketua ARMADA Sabah yang baru dilantik. Kita teraju Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya. 

Awal Disember lalu, pemimpin Parti BERSATU Sabah, termasuk semua wakil rakyatnya, mengumumkan keluar daripada parti itu.

Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah ketika itu, Datuk Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah. - Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar