web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Noraini Digesa Berundur, ‘Beliau Sendiri Tahu Sebabnya’…

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 9:25PM

Noraini Ahmad digesa berundur dengan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad digesa berundur dengan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Gesaan itu dibuat Wanita UMNO Titiwangsa, Azwati Abdul Halim yang menganggap Noraini perlu berbuat demikian untuk bertanggungjawab dan memperbetulkan kelemahannya sepanjang mengetuai Wanita UMNO.

Menurutnya, sebagai ketua, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong seharusnya mendengar masalah dihadapi anak buah dan bukannya menjauhkan diri.

“Wanita selain berjuang untuk kepentingan dan kemenangan parti, nasib mereka perlu dibela. Ketua perlu menadah telinga untuk mendengar masalah mereka dan bukan menjauhkan diri atau mengumpat, mengata serta mengeji anak-anak buah sendiri,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

Azwati berkata, Noraini sendiri tahu sebabnya mengapa 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian tidak lagi menyokongnya dan mahukan individu lain mengetuai sayap parti terbabit.

“Sebagai ahli Wanita, kami tidak peduli apa diperkatakan mengenai ketua. Kami pekakkan telinga bila ada berita atau tulisan yang kami baca mengenai ketua kami, tapi jangan diperdayakan kami,” luahnya.

Gesaan tersebut hadir selepas kenyataan dikeluarkan Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah yang mendedahkan seramai 147 atau separuh daripada Ketua Wanita UMNO Bahagian seluruh negara, menyatakan sokongan supaya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan sayap wanita parti itu.

Haryaty berkata, beliau bersama dengan 147 Ketua Wanita Bahagian di seluruh negara sudah pun berjumpa secara bersemuka dengan Shahrizat untuk menyatakan hasrat tersebut.

Beliau menegaskan, penolakan perwakilan Wanita ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini terhadap usul agar jawatan tertinggi Wanita UMNO Malaysia dan bahagian tidak dipertandingkan, membuktikan akar umbi sayap parti itu mahukan kepimpinan baharu.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Wanita BN, Datuk Rosni Zahari menerusi kenyataannya hari ini berkata, adalah tidak adil untuk menyamakan kepimpinan Noraini dengan pemimpin terdahulu.

Jelasnya, ini kerana Noraini diangkat menjadi Ketua Wanita ketika UMNO berada dalam keadaan sukar, sangat lemah, tiada kuasa dan tanpa wang ringgit.

Mengulas mengenai kenyataan Rosni tersebut, Azwati berkata, Noraini perlu berani berusaha menyelesaikan segala masalah dihadapi Wanita meskipun dalam apa jua situasi.

“Menjadikan alasan bahawa Noraini mengambil jawatan ketika UMNO sedang kalah dan berdepan dengan kesulitan memimpin kerana berbagai masalah, tidak sepatutnya menjadi mauduk kepada tulisan tersebut.

“Bila Noraini dilantik menjadi menteri, itulah masa yang sepatutnya digunakan untuk memperkukuhkan wanita, tetapi apa yang Noraini buat?” tegasnya. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad