web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘BERSATU Minta SPRM Segerakan Siasatan Akaun Dibeku’ – Wan Saiful

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:00AM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan, pihaknya sudah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyegerakan dan menamatkan siasatan berhubung akaun parti itu yang kini dibekukan, bagi memastikan kelancaran urusan.

Beliau berkata, permintaan itu juga adalah bagi memastikan gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak terganggu.

Permohonan berhubung perkara itu, katanya, sudah dibuat melalui satu surat yang dihantar kepada SPRM melalui peguam dilantik BERSATU.

“Kita (BERSATU) yakin kita tidak bersalah dan walaupun siasatan selesai, tiada apa yang akan berlaku kerana akaun kita bersih.

“Masalah utama sekarang adalah pembekuan akaun. Kita sudah tulis kepada SPRM dan memohon siasatan disegerakan serta ditamatkan supaya kita boleh jalankan kerja parti seperti biasa,” katanya seperti dilaporkan BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan nelayan bersama Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad di Jeti Nelayan Padang Benggali, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Wan Saiful berkata, seperti diumumkan kepimpinan parti itu sebelum ini, BERSATU memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan menyerahkan semua dokumen diperlukan suruhanjaya berkenaan.

Menurutnya, beliau dan pegawai BERSATU sudah dipanggil SPRM bagi memberi keterangan.

“Kita beri kerjasama sepenuhnya kerana kita yakin, lebih cepat siasatan selesai, lebih cepat kita dibuktikan tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, tindakan membekukan akaun parti itu turut menampakkan kecacatan demokrasi.

Malah, ujarnya, ia seolah-olah dibuat kerana Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bimbang dengan kemaraan Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, PN dijangka menang besar di lima negeri dan menawan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada PRN.

Pada 1 Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa akaun BERSATU dibekukan untuk siasatan di bawah undang-undang pengubahan wang haram kerana disyaki menerima hasil haram.

Katanya, siasatan itu kini dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Siasatan itu, jelasnya, dipercayai ada kaitan dengan dana rangsangan ekonomi RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. – Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik