web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: UMNO Selangor Sudah Perhalusi Kerusi Ditandingi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 9:00AM

Meskipun UMNO dan BN tidak berjaya memenangi sebarang kerusi Parlimen di Selangor pada PRU-15 yang lalu, parti itu berupaya meraih undi yang banyak terutama di kawasan majoriti Melayu. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - UMNO Selangor sudah memperhalusi kerusi yang ingin ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan akan mengadakan mesyuarat di peringkat Barisan Nasional (BN) untuk dibincangkan secara rasmi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, setelah perbincangan di peringkat BN negeri selesai, pihaknya bersedia untuk duduk berbincang dengan Pakatan Harapan (PH), berkenaan pembahagian kerusi pada PRN itu nanti.

“Apa yang penting di peringkat UMNO kita dah selesai...kami sudah bersedia sekarang ini untuk duduk dan berbincang mengenai perkara itu. 

“Terserah kepada PH untuk memikirkan bagaimana memulakan perbincangan secara semangat kerajaan perpaduan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Megat Zulkarnain berkata, meskipun UMNO dan BN tidak berjaya memenangi sebarang kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu, parti itu berupaya meraih undi yang banyak terutama di kawasan majoriti Melayu.

“Saya rasa ini mesti ada dalam asas rundingan untuk kita memulakan perbincangan tersebut (dengan PH),” katanya.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, beliau akan bertemu kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong Karang hari ini, dalam menaikkan semangat bahagian itu untuk berdepan PRN akan datang.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar serta dua ahli UMNO bahagian itu, sebelum ini dipecat atas sebab pelanggaran disiplin parti.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain memaklumkan Ketua UMNO Bahagian Subang Datuk Armand Azha Abu Hanifah, menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan UMNO 2023.

Selain itu, Setiausaha Wanita UMNO Datuk Rosni Sohar, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abdul Aziz dan Ketua Penerangan UMNO Selangor merangkap Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, menyatakan keinginan untuk bertanding jawatan Ahli MT UMNO. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan