Berita Terkini

7 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 7 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 7 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 7 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 12 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Akaun BERSATU Dibeku: Slogan PN BEST Sudah ‘Tercemar’, Mampu Jejas Sokongan

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 7:04AM

Dr Awang Azman berkata sejauh mana kesan negatif akan ditanggung PN masih belum boleh diukur buat masa ini kerana siasatan terhadap pembekuan akaun milik BERSATU sedang di peringkat siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Siasatan, termasuk pembekuan akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menunjukkan slogan Bersih dan Stabil (BEST) dibawa Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kini sudah tercemar.

Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, naratif PN BEST yang kononnya menggambarkan gabungan pimpinan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bersih, kini tercalar dengan insiden terbaru berkenaan.

Katanya, sejauh mana kesan negatif akan ditanggung parti itu masih belum boleh diukur buat masa ini, memandangkan kes terbabit sedang di peringkat siasatan.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

“Namun apa yang pasti, jika siasatan SPRM menjurus kepada salah laku, ia pasti akan mengakibatkan sokongan terhadap PN terjejas apabila tiba Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Cuma sejauh mana serius kesan bakal dihadapi PN, terutamanya BERSATU hanya dapat dilihat berdasarkan bagaimana tindakan yang dikenakan terhadap mereka.

“Jika siasatan membabitkan pertuduhan di mahkamah, ia boleh jejaskan peluang mereka pada PRN di enam negeri yang akan diadakan,” katanya kepada Getaran.

BERSATU yang dilihat mendominasi PN kini disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram susulan disyaki mendapat dana daripada hasil haram.

Justeru, SPRM semalam mengesahkan pihaknya membekukan beberapa akaun milik BERSATU.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan itu diambil bagi membantu siasatan berhubung kes wang disyaki diperoleh daripada hasil haram (illegal proceeds).

Pengesahan itu dibuat susulan laporan media bahawa beberapa akaun milik parti berkenaan dibeku.

Laporan itu mendakwa, pembekuan tersebut dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana pakej rangsangan berjumlah RM92.5 bilion, disalurkan PN susulan COVID-19.

Namun, Awang Azman berkata, beliau berpendapat situasi tersebut tidak akan mengakibatkan PN kehilangan kuasa di negeri ditadbirnya ketika ini, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sebaliknya, ia boleh menyebabkan gabungan itu kehilangan beberapa kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ia masih terlalu awal untuk diperkatakan namun kemungkinan itu ada (hilang kerusi),” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berpendapat, parti yang akan terjejas teruk dengan pekembangan terbaru itu adalah BERSATU, manakala PAS masih terselamat.

Menurutnya, gabungan PAS dan BERSATU adalah kombinasi antara kekuatan jentera dengan kekuatan kewangan, justeru PAS dilihat menyediakan jentera, manakala soal kewangan diuruskan BERSATU.

Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan kempen PN pada PRU-15 agak mewah, sehingga mampu membiayai pempengaruh media sosial, terutama di TikTok dan membuatkan golongan muda cenderung memilih gabungan itu. -  Gambar fail
Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan kempen PN pada PRU-15 agak mewah, sehingga mampu membiayai pempengaruh media sosial, terutama di TikTok dan membuatkan golongan muda cenderung memilih gabungan itu. - Gambar fail

Situasi itu, katanya, mungkin boleh membuatkan PAS terselamat jika siasatan mendapati apa didakwa terhadap BERSATU itu benar.

Pada masa sama, Ahmad Fauzi berkata, sebelum ini sememangnya ada desas-desus mengatakan kempen PN pada PRU-15 agak mewah, sehingga mampu membiayai pempengaruh media sosial, terutama di TikTok dan membuatkan golongan muda cenderung memilih gabungan itu.

Malah, jelasnya, kempen PN pada PRU-15 lebih mewah daripada apa ditampil gabungan lain, termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Semua itu boleh dilihat jelas dengan benderanya, posternya dan pelbagai lagi yang memperlihatkan bahawa sumber serta peruntukan mereka agak banyak, berbanding (parti) lain.

“Tanda tanya terhadap dari mana sumber kewangan mereka sudah pun tercetus dan ia dipertikaikan sebelum ini,” katanya.

Melihat kepada situasi tersebut, beliau berkata, berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan gesaan ahli akademik berhubung pelaksanaan dana awam terhadap parti politik di negara ini, supaya sebarang salah laku atau penyelewengan dapat dielakkan.

“Jika tiadanya public funding (dana awam), ia akan mengakibatkan implikasi negatif, antaranya parti politik menyalahgunakan pelbagai sumber kerajaan.

“Parti politik juga mencari dana dengan pelbagai cara tanpa mengira halal haram atau menerima dana, tapi apabila menang perlu ‘membalas jasa’.

“Jika parti politik hanya menerima dana awam, sudah tentu ia akan diaudit dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sebarang salah laku,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya untuk mengekang perkara tersebut daripada terus berlaku amat susah, memandangkan terdapat pelbagai kaedah digunakan parti politik untuk mengelakkan penerimaan dana tersebut dikesan.

“Sebagai contoh sumbangan ‘tin milo’ ia tidak dimasukan ke dalam akaun bank, sebaliknya terus dibelanjakan bagi mengelakkan money trail dilakukan pihak berkuasa,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Insiden Warga Emas Didakwa Diserang, Siasatan Terperinci Perlu Dijalankan

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

PM Saksi Pemeteraian MoU Antara Syarikat Malaysia-Arab Saudi

Semasa 1 hari yang lalu

JNJ Group Perluaskan Perniagaan Ke Indonesia

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Pindaan AUKU: Kebebasan Pelajar Dan Pensyarah Berpolitik Perlu Ada Batas