web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kami Bukan Persoal Integriti Parti, Tetapi Tindakan Ahmad Zahid - Tun Faisal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 6:52PM

Tun Faisal Ismail Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pemimpin yang dipecat dan digantung daripada UMNO, bukan mempersoalkan integriti parti itu, sebaliknya mempertikaikan ketelusan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Ahmad Zahid gagal menerima hakikat bahawa pemimpin dan ahli berkenaan bertentangan pendapat dengannya bukan disebabkan parti, sebaliknya berpunca daripada dirinya sendiri.

Jelasnya, apabila mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), apa dipertikai beliau bukanlah parti, sebaliknya tindakan Ahmad Zahid yang mengkhianati dasar dan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2019.

Menurutnya, tindakan tersebut hadir selepas Ahmad Zahid diketahui menandatangani Akuan Bersumpah (SD) dan surat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Apabila saya digantung enam tahun, adakah ia mengenai integriti parti? Tidak. Ia adalah disebabkan kenyataan saya mengenai integriti Ahmad Zahid.

“Saya sebutkan, ‘dalam menyelesaikan kemelut politik ketika ini, Ahmad Zahid perlu membuat akuan bersumpah tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP. Ini termasuk menghentikan jajaran politik baharu sebagai istilah menyembunyikan sokongan secara rahsia beliau itu’. Jika Presiden buat (akuan bersumpah) ini maka kita boleh sokong semula beliau,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tun Faisal berkata, perkara sama turut dibangkitkan mantan pemimpin UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Mutalib serta 44 individu yang dipecat dan digantung, baru-baru ini.

“Semuanya berkisar kepada punca masalah utama UMNO dan BN ketika ini (iaitu) Ahmad Zahid.  

“Mereka tidak menentang UMNO, tetapi mempertikaikan integriti, kepimpinan dan pendekatan Ahmad Zahid yang akhirnya, terbukti mengakibatkan kerugian kepada UMNO dalam PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), seterusnya boleh mengakibatkan tragedi lebih buruk pada PRU-16,” katanya.

Mengulas mengenai tindakannya mempersoalkan integriti Lembaga Disiplin, Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, beliau berkata, ia bukan kerana peraturan parti, sebaliknya kegagalan institusi tersebut menjalankan tugas secara telus dan adil, disebabkan mahu mempertahankan kedudukan Ahmad Zahid.  

Katanya, semua itu juga berpunca daripada integriti Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan.

“Jika betul pihak dilantik ini menjalankan tugas dengan amanah, tanpa berpihak dan berpegang kepada prinsip keadilan, maka pastinya mereka boleh menjawab setiap aspek yang saya pertikaikan di dalam hujah pembelaan diri saya.  

“Malangnya mereka gagal menjawab dan mereka tahu mereka tidak mengikut peraturan sewajarnya,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengemukakan pertanyaan kepada UMNO siapakah harus dipersoalkan apabila Ahmad Zahid menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, berhubung maklumat palsu mengenai sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap calon Perdana Menteri yang jelas bertentangan ketetapan Dewan Tertinggi BN.

Ujarnya, integriti siapakah yang harus dipersoal apabila usul peribadi jurucakap Negeri Sembilan ‘diseludup’ ke PAU2022 yang menyalahi perkara 10 Peraturan Persidangan dan bertentangan dengan perkara 9.3 Perlembagaan UMNO, semata-mata untuk mengelak jawatan Presiden dan Timbalan dipertandingkan.

“Akhirnya ia berkisar bukan tentang UMNO yang mempunyai peraturan persidangan dan perlembagaan tersusun, tetapi integriti pegawai parti, ahli MKT dan penyokong Ahmad Zahid sendiri.

“Mereka mengundang pertikaian mengenai integriti diri mereka yang menyokong Ahmad Zahid dan menyalahgunakan platform rasmi UMNO untuk mempertahan beliau.

“Bukan integriti parti yang dipersoalkan, sebaliknya integriti Zahid dan pegawai-pegawainya di WTC (Pusat Dagangan Dunia),” katanya.

Justeru, tegasnya, Ahmad Zahid tidak perlu terus menerus menipu dan berdolak dalik bahawa segala yang berlaku berpunca daripada integritinya sendiri.

“Bukan saya seorang yang bercakap dan mempersoalkan perkara berkaitan pelanggaran peraturan serta perlembagaan parti ini.

“Ia juga dinyatakan dengan jelas oleh Datuk Seri Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO apabila mempersoalkan tentang keabsahan usul tambahan PAU 2022 dan ‘due process’ hukuman disiplin ke atas 44 orang yang dihukum gantung serta pecat baru-baru ini.

“Sebaiknya, cuba Lembaga Disiplin dan MKT laksanakan tribunal terbuka ke atas Ahmad Zahid.

“Mari kita saksikan dan nilaikan adakah UMNO ini rosak kerana integriti Ahmad Zahid dan pegawainya atau integriti parti,” katanya. - Getaran, 1 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad