web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tun Faisal Dipecat, Putuskan Tidak Akan Merayu, 'Keputusan Sudah Dijangka'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 7:13AM

Tun Faisal Ismail Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dalam parti itu akhirnya ternoktah selepas dipecat, semalam.

Beliau yang sebelum ini berdepan penggantungan selama dua tahun, menerima surat pemecatan tersebut melalui aplikasi WhatsApp pada jam 4.28 petang.

Katanya, surat itu diterima sebaik dihubungi Ibu Pejabat UMNO.

“Jam 1628 (4.28 petang) tadi (semalam), ibu pejabat UMNO menghubungi saya dan menghantar melalui WhatsApp, surat pemecatan saya. Ada beberapa perkara yang menarik mengenai surat ini.

“Jawatan saya masih dirujuk sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Maksudnya jika sesiapa digantung keahlian mereka, gelaran jawatan mereka masih kekal walaupun hak keahlian mereka digantung,” katanya.

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Tan Sri Annuar Musa itu muncul sebagai individu ketiga dipecat daripada parti tersebut tahun ini, selepas mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Khairy Jamaluddin dan Noh Omar antara yang dipecat sebelum ini.
Khairy Jamaluddin dan Noh Omar antara yang dipecat sebelum ini.

Pemecatan berkenaan diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang Jumaat lalu, dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Serentak dengan pemecatan, Tun Faisal memberitahu, beliau memutuskan untuk tidak membuat sebarang rayuan kerana perkara terbabit sudah dijangka.

“Untuk kali ini, tidak perlu untuk saya membuat rayuan kerana keputusannya sudah boleh dijangka, lebih-lebih lagi apabila terbukti MKT dan Zahid tidak terbuka untuk menerima kritikan, terutama terhadap Zahid. 

“Ketika saya bercakap perkara yang benar dulu pun berkenaan pengkhianatan Zahid terhadap dasar parti, saya tetap dihukum kononnya kerana memfitnah,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun turut menzahirkan rasa terima kasih kepada UMNO dan barisan kepemimpinan, yang disifatkannya berjaya mengangkat serta memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

“UMNO juga berjaya menghalang negara ini dari menjadi sebuah negara sekular dan menghalang kehendak parti-parti tertentu yang mahu menyamaratakan kedudukan Islam dengan agama-agama lain, serta mengangkat dan membela kedudukan orang Melayu dan Bumiputera. 

“Melalui dasar dan perjuangan ini, saya antara anak Melayu dan penganut agama Islam yang menerima pelbagai manfaatnya. Jasa UMNO sebagai parti teras dalam Perikatan dan Barisan Nasional (BN) juga begitu banyak dalam memajukan rakyat dan negara Malaysia ini,” katanya.

Akui Tun Faisal, penentangan dibuat selama ini tidak ditujukan kepada parti,sebaliknya menjurus kepada individu tertentu dalam UMNO.

“Bagi saya UMNO dan BN itu tiada masalah dan jelas prinsip perjuangannya. 

“Yang bermasalah itu adalah pemimpinnya, seperti Zahid yang telah menjadi punca perpecahan di dalam UMNO sebaik dia  mengkhianati dasar parti dan keputusan PAU2019 (Perhimpunan Agung UMNO 2019) apabila dia menandatangani SD (akuan bersumpah) dan surat menyokong (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi PM (Perdana Menteri). Itu merupakan punca perpecahan di dalam UMNO sejak 2020,” katanya. - Getaran, 1 Februari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik