web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hassan Tegur Pelantikan Nurul Izzah, ‘Ia Salah Dari Segi Moral’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 7:00AM

Hassan Abdul Karim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri bukan sahaja dikritik parti pembangkang tetapi turut menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Terbaharu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang juga mantan Pengerusi PKR Johor turut menegur tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan anak sulungnya itu.

Menurut beliau, perkara tersebut walaupun tidak menyalahi undang-undang tetapi ia bercanggah dari segi moral.

“Seorang sahabat yang juga penyokong PH bertanya kepada saya, apakah pandangan saya apabila Perdana Menteri melantik anaknya Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri?

“Maka, jawapan saya ringkas sahaja dalam bahasa asing iaitu legally right but morally wrong (betul dari segi undang-undang tetapi salah dari segi moral),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kelmarin, Perdana Menteri mempertahankan pelantikan anak sulungnya itu dengan menegaskan Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun.

Malah katanya, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Anwar berkata, Nurul Izzah bukan sahaja memiliki kelulusan Sarjana Kejuruteraan, tetapi turut bergelar graduan sarjana dalam jurusan Dasar Awam dan Sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Pelantikan Naib Presiden PKR itu, yang berkuat kuasa sejak 3 Januari lalu, hangat diperkatakan di media sosial, ketika ini.

Nurul Izzah pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal sejak 2008.

Pada 2018 beliau menang di Parlimen Permatang Pauh, namun tewas di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi